Wednesday, November 25, 2015

AKU BUKAN APA...~

ENTRY DATE : 8 MARCH 2011


hurm.
setelah lama tak update blog.
diari sendiri pun tak tulis dah.
sibuk kah?
* oh~ sibuk dunia yang tak pernah habis......................

Duduk di tanjung malim ni..
aku rasa banyak kelebihannya..
tempat ini..luas..tenang..
punya banyak kelebihan.
mungkin jika eriyka bersama ku..boleh lagi aku explore lagi apakah ketenangan yang belum tersingkap.
tapi, tak mengapa..
eriyka lebih berguna di sana...

seperti kawasan-kawasan yang biasa ku mastautin..
Pendang, Kedah.. (2 tahun)
Arau, Perlis... (1 tahun)
kini Tanjung Malim, Perak.
sangat berbeza dengan Skudai, Johor ( 3 tahun)
keadaan yang aku sifatkan.. hurm. Tenang. Mungkin.
di mana, jauh dari dunia hiburan.
Karaoke...shoppping....keluar malam..dan teman-teman ronggeng.
Ronggeng sekali sekala tak pa lah..~ =)


Cuma..
kurang interaksi dengan manusia.
Bila duduk sini..boleh kira berapa patah perkataan yang dituturkan..

Sepotong ayat dari buku yang aku baca,Diam itu Emas nukilan Abd Rahman Abd Majed
Terbitan Darul Nu'man.

Luqman Al Hakim berkata" bijaksana dalam mengeluarkan perkataan, tetapi sedikit sekali yang sanggup melaksanakannya.Menjaga lidah dengan diam adalah lebih selamat daripada memilih perkataan yang akan diucapkan"

Rasuluulah S.A.W pernah bersabda..
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan HAri Akhirat, hendaklah berkata benar atau diam.
( riwayat Bukhari)

Manakala Imam Ali RA berkata..
"sedikit bicara adalah sebuah hikmah yang besar.Oleh itu, kita hendaklah banyak diam, kerana diam adalah satu ketenangan hidup dan satu faktor yang dapat meringankan dosa."

Bukanlah nak suruh kalian diam ja..orang cakap..RIGID..PASIF..
cuma nak mengingatkan diri dan kalian bahawa kalu tak perlu, tak payah la cakap~
hehe

Benda biasa yang aku pernah dengar adalah, bila orang tak banyak cakap ini, mesti kena ckp..
SOMBONG.

Sebagaimana firman Allah Ayat Al- Israa' Ayat 37
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung- ganang"

ha.. jangan lah bersikap sombong..kamu tu bukan boleh dapat tembus bumi pun..apatah lagi nk sama tinggi dengan gunung.



No comments: