Saturday, March 26, 2011

Nikmat Pemberian- NYA



asalamualaikum..

merujuk tajuk diatas, ( haha..dah macam nak tulis surat pulak), memang meluaslah!
nikmat Allah tak terkira jumlahnya..
nikmat 5- sihat, kelapangan masa, muda, kaya dan yang laing besar, HIDUP.!
nikmat sekecil- kecil seperti setitis air dan dapat berkedip mata dan sebesar-besarnya, ( kalu ikut pandangan aku..) masih bernyawa..

Dan barang- barang yang kita miliki..sikat, bedak, compact power, seluar Levi's, Tshirt goggle, winter coat yang tebal tu, selimut, moto ( ERIYKA!!!!!), keta myvi tukar jadi Saga FL, 50 sen dalam kocek,Pak Aji, Suzi, buku C++ dalam kotak..hurm..apa lagi? ya, laptop pink yang dah 3 tahun dan tak pernah kena format..semua itu adalah Nikmat Allah..... alhamdulillah


salah satu nikmat Allah yang dianugerahkan kepada ku.. ERIYKAAA~!!
sekarang di bawah jagaan Anosa. Nor, dah pesan siap-siap kat nor..kalu orang nak pinjam, bagi lah... dapat pahala tolong orang tu ke kita..orang nak pinjam tu mesti dah tahu jaga baik- baik sebagaimana Anosa jaga moto tu. Terima Kasih Nor..jazakallah khair..( may Allah grant you goodness~)

Jadi, sebab tu lah orang -orang yang beriman tidak pernah merasa sedih atau gundah gulana bila salah satu nikmat itu telah hilang atau musnah. .

"Dan sesungguhnya Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang- orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
(bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).
mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang orang-orang yang mendapat petunjuk" Al baqarah ayat 155-156

"tak pa lah..benda dah jadi..Allah nak ambik balik .."
" mungkin ini dugaan dan ujian dari-NYA..sejauh mana keimanan ku..."

jadi, jika moto anda accident..dan anda bukan lah penunggangnya masa itu..
Chillex~ cool~ dugaan sikit ja tu..kita diuji.. kalu remuk pun moto tu..biarlah..
( ini berdasarkan pengalaman sebenar)
nikmat kita ditarik balik..
DIMANA~! moto itu tidak pernah pun menjadi milik kita... itu semua milik Allah..
kita ini hanya merasa nikmat-NYA sahaja...

"apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan" Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah menegtahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang- orang yag berdusta..
Al Ankabut: 2-3


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu, ( cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan ( bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: " bilakah datangnya pertolongan Allah? " Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" al - baqarah ayat 214


Tapi jangan lah dah rosak, tak pi baiki..
Jika nikmat itu masih boleh menyumbang ke jalan kebaikan, pi lah baiki...

Jadi, gunakan lah nikmat-nikmat Allah sebaik-baiknya..
nikmat sihat untuk beribadat dan beribadah ( bekerja dan belajar )

"Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia dari Tuhanmu.. "Al- Baqarah ayat 198

nikmat kaya ( bersedekah )
nikmat kelapangan masa ( menolong orang buat rumah, tolong mak ke kedai, tolong hantar adik pi sekolah, tolong ambil kawan yang tiada kenderaan )
dan berbagai- bagai lagi lah!

Kesimpulan yang aku ingin tekan kan... selagi diberi nikmat Allah, dan masih berupaya..berbuatlah kebaikan. Tolong lah sesiapa yang meminta tolong dan beribadat lah selagi terdaya.

"nak mintak tolong sikit ble?"
" banyak pun tak pa..selagi aku mampu, aku akan tolong..jika di luar kemampuan aku, aku tolong untuk usahakan .."

Dan belanjakanlah hartamu ke jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." Al Baqarah ayat 195

jangan lah kita banyak bunyi bila orang mintak tolong..
jika tak boleh tolong, cakap lah.."minta maaf, saya tak boleh nak tolong sebab bla..bla.."
direct ja. orang nak minta tolong bukan selalu.
janganlah sebab kalian malas.. malas itu sifat syaitan.!!!



setan biru pun jadi lah.. *bantuan pakcik google.*

Sebagai manusia yang RASIONAL , dia akan mintak tolong jika hal itu LUAR KEMAMPUANNYA. kan???
kalu nak tolong basuh moto kau padahal kamu boleh ja berlari dan ada masa~ aku tolong tengok jelaaa~~~
tapi jangan lah duk swuh .. lari 4 x 100m.. setelkan masalah programming yng bill gates dan mark zukerberg pun tak tahu..


pi tolong panjat KLCC...


pi pakai sarang tebuan.. * ni kartun boleh laa~

dan sesuatu yang tak LOGIK dan TAK RASIONAL~!

p/s: mungkin ada segelintir orang yang mengaggap.." kenapa aku yang kena buat semua ni? pi la buat sendiri.." dia kurang kesedaran tentang nikmat Allah dan kebaikan membuat kebaikan..

dan mungkin yang sebaliknya.. macam guna barang kita tanpa kebenaran..( barang dia, barang dia dan barang kita pun dia punya gak..)hurm. anggaplah itu nikmat Allah yang dia ingin berkongsi tanpa perlu cakap apa- apa..*berat mulut*

p/s: aku merasakan ujian kelapangan masa yang membuak2! projek LI tak siap lagi woi!!!

www.ainunmohamad.blogspot.com

Wednesday, March 16, 2011

IM DONT FEEL SO GOOD..

i feels like im too far away ..
drifted away from the eternal calmness...

Tuesday, February 8, 2011

pekerjaan

every job has its problems.. A key consideration in choosing is determining what type of problems you enjoy solving.
-Steve Elledge-
WHICH! i find it so true...
so..so..so..true~!

Friday, February 4, 2011

aku banyak berfikir...

asalamualaikum~
selamat pagi~!

lokasi: umah yati nordin~! haha
chemoh,ipoh, perak.

Ya selamat sudah aku di sini.
Umah dia da kemudahan internet, Alhamdulillah...

JAdi, apa mau nulis hari ni?

KEpada yag mengenali aku..urm, nk tnya, aku ni pendiam ke?
setelah beberapa sekian kalinya kenal aku, apakah kekurangan dan kelebihan aku?
** sesi muhasabah diri...
***SABAH??? ya, sabah bha~ hehe

Umur aku officially 22tahun 27 Februari nanti.
****27 februari 2011 adalah merupakan tanggal Malam Puncak Perdana 9, Kolej Perdana, UTM Skudai yang membawakan tema TOPI. Jadi marilah kita warga ( kita?) kolej perdana sama-sama mendaftarkan diri anda untuk menghadiri majlisyang gilang gemilang itu~!
ok2, cukuplah nak promote2 ni..

Dulu masa form 2, cita-cita nak jadi wartawan..
form 4 dapat jadi ahli forum remaja untuk peringkat sekolah..
namun, terpaksa dilepaskan sebab kena tukar sekolah.

Jangan risau, saya tak menyesal..
rezeki sentiasa ada di mana-mana..kan??
hehe..
ALWAYS have faith in ALLAH..

So, from a journalist to forum panel..
to a pure science geek,
to an art and physics student,
lastly to a computer nerd.
hahahaha..
well, people change~

Aku melihat kehidupan sebagai satu jalan yang banyak cabang..
kita boleh amik mana-mana jalan pun.
Ya, boleh. Silakan.
mahupun jalan itu gelap, cerah..sedahana cerah, atau kelabu2 t**k anjing..
silakan, jalan ja.
kata orang, BOLOS SAJA DINDING ITU~! **dinding? eh! silap, jalan...hee

Sebab apa boleh amik ja mana-mana jalan pun?
hurm..
sebab, mana-mana pun ada rezekinya..
dan kita sendiri harus kuat untuk menjadi kan sesuatu yang BURUK ke BAIK dan BAIK ke LEBIH BAIK!
paham tak?ke terlalu puitis sangat?
haha..

cthnya, macam ni la..
depan kau ada 3 jalan/ pilihan...
jalan A, B, C.
kau tak tahu nak amik jalan.
amik ja mana- mana jalan pun..sama ada A, B atau C.
katakan lah kau amik jalan C..
dalam meniti perjalanan tu.. kau banyak menerima dugaan..
yang bertimpa-timpa.
mulalah kuar ayat.." ah! nyesal tak amik A atau B dulu..~~!"
NO, NO, NO...........
bukan itu caranya..tu dah macam meragui Qada dan Qadar ketentuan Allah..

seharusnya, kau cool and steady ja..
lek..
dugaan datang, kita hadapi, tangani, CARI JALAN PENYELESAIANNYA~!
jangan lah duk memikirkan nasib diri yang ditimpa malang ja..
kuar mulut rimau,masuk mulut boya..
dah jatuh, kena timpa dengan tangga batu plak..
** TANGGA BATU di MELAKA~ hehe
jangan moral down, ok?

sentiasa THINK POSITIVE..!
berdoa selalu.. mintak bantuan NYA..
InsyaAllah.. Allah mesti bantu makhluknya yang meminta..
dan Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kamu..
kadang-kadang kamu doa..minta dengan penuh khusyuk..
tapi, tak dapat2..
tak pun lmbat.....
pernah dengar tak?
.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[QS. Al-Baqarah : 216]
ha..
macam tu la.
DIA tak kasi, sebab dia tahu, benda itu mungkin buruk untuk kamu.
mana kita tahu kan?

We can see even in the smallest event that happen everyday in our life..
contohnya..
" eh! teringin lah nak makan nasi ayam.. "
mulalah mintak doa..
" YA Allah mintak-mintak la nasi ayam tu tak habis kat pasar malam nanti.."
tengok-tengok..habis....~!!!
mula lah nk majuk..an.
ha. bising2..
tengok-tengok, esoknya..ada member beli nasi ayam tu, sakit perut~~
INI CONTOH!
contoh~~~~
nasib baik tak kena sakit perut gak.
huhu.

Sama lah dengan hari dan perasaan.
(ini topik berat ni..hahaha)
kadang-kadang kita suka kat orang tu,,tapi tak dapat an.
mungkin Allah tahu dia tak sesuai untuk kita atau kita ni tak sesuai untuk dia..
Perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.
Kalu berlaku lah ada lelaki baik kahwin dengan perempuan jahat..
sebenarnya, itu lah yang terbaik untuk laki tu,,
Allah dah tentukan macam tu..
mungkin perempuan tu bertambah solehah lepas kahwin dengan laki tu..
sepadan kan macam tu???
banyak hikmah yang kita tak nampak sebenarnya...

***********************************************************
Aku pun sekarang lepas melihat sesuatu tu,
banyak berfikir.
" aku buat benda ni, hari ni..demi mendapat keredaan Allah @ sekadar memenuhi syarat ja?"
niat..niat tu kena betul.
kadang-kadang, nak pakai baju cantik-cantik..
*biasalah naluri perempuan, nak cantik2 je kejanya..hehe
tapi, terfikir,,,
" kenapa aku nak pakai cantik-cantik? nak orang tengok ke? nak bagi orang puji aku ke?"
hurm..dah~ dah salah niat tu.
terus aku tukar baju.
hurm.....................aku banyak berfikir kebelakangan ni..
^_^hahaha kang tumbuh uban!

p/s: nak pi upgrade RAM kat PC Depot ipoh!








Wednesday, February 2, 2011

Status Sekarang..

Asalamualaikum dan salam sejahtera untuk kalian~

Setelah lama tak menaip..akhirnya dapat juga kemaskini blog yang semakin berabuk ni..hehe

Sebelum merepek banyak-banyak,
ingin diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada penganut-penganut Buddha.
HAPPY CHINESE NEW YEAR~!!!

Chinese New Year comments


may you all have a very prosperous Rabbit Year~!
nak angpaw~!!!

Tempoh hari kat pejabat En. Hassan ada bagi banyakkkk~ sangat buah limau.
Limau mandarin, tangerine tu... dari Purchasing Department katanya.
Terima kasih~! merasa sikit demam CNY..

Sekarang tengah tunggu saat-saat nk bercuti. esk dengan lusa cuti dan kebetulan sambung dengan sabtu ahad..kiranya 4 hari lah cuti. Nk ke rumah yati. hehe
Alhamdulillah jugak la dapat bercuti.

Projek yang saya dapat kali ini adalah connection system.
kalian tahukan serba sedikit mengenai AxFPSpread in VB.Net?
saya perlu generate text file yang mengandungi data dari database A. kemudian, hantar text file tu kat system B, B akan masuk dalam database dia.
ha..cm tu la sikit.
jadi saya perlu develop satu , bukan, dua, 1 small application, 1 window service. Application membaca text file dan masuk dalam database.
window service akan query dari database dan masuk dalam text file.
System A, ada punya coding ada mention AxFPSpread tu... jadi, saya ingat nk populate ja data dari function AxFPSpread dalam text file.
Namun, saya sendiri pun tak dapat nk kenal pasti apakah AxFPSpread tu.
SV cakap ia sejenis spreadsheet..mcm excel~
ha..kan dah mudah, dia dah amik data-data yang diquery ke dalam spreadsheet. cuma tak nmpak lagi spreadsheet tu..hurm..
mcama arraylist la..
sapa-sapa boleh bantu????


Setakat ini, alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Kadang-kadang bila difikir-fikir balik, saya bersyukur sangat sangat bila..banyak benda baik jadi kepada saya.
Mungkin belum diuji lagi olehNYA..
Tempat tinggal ok..enviroment kerja ok..SV yang banyak membantu.. housemates yang ramah dan baik..Tanjung Malim ok..cuma tak banyak nk enjoy... yang menyebabkan saya rasa satu bonus bila kita tidak terlalu suka atau hanyut dalam ke'enjoy'an..huhu..maklumlah..kadang-kadang terbawa-bawa nafsu enjoy tu..tambah-tambah bila ada eriyka..
dan acapkali, kekuatan tak berapa nk istiqamah..
kadang-kadang rasa rajin ja..pastu malas.. then, bila dateline datang, mulalah kelam kabut..haha
adoiyai~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: rindu nasi ayam penyet dan makan goreng pisang dengan sambal kicap~!
rindu eriyka chan!!!!
rindu kalian!!!!! ( sesapa yang terasa, sila terasa dirindui~ hehe..ya kamu! saya rindu kamu semua~! hahaha)

Monday, January 10, 2011

PRACTICAL TRAINING a.k.a LATIHAN INDUSTRI

Asalamualaikum.
bermula dari 4 januari 2011 hingga 20 mei 2011,
saya dengan rasminya akan menjalani latihan industri untuk memenuhi syarat menamatkan ijazah sarjana muda Komputer Sains ( Kejuruteraan Perisian).

ehem.ehem. lagi satu sem lepas LI nak grad lah~~~!

Minggu Pertama, memang sangat bosan. Tak tahu nak buat apa..
sebab SV saya g honeymoon..baru lepas kahwin.
so, 2nd person in department take charge.
Briefing all the scope, future projects, but not give yet.
and assign to respective SV.

Here with me is another UTM student, Sara.
also from FSKSM, so, we both in ICT Group. She's from IC ( Industrial Computing)

Jadi, sekrang boleh berblogging~ sebab apa? yang 2nd person in charge tiada namun SV saya dah balik dari honeymoon. AKAN TETAPI, dia pun tak tahu nak bagi kerja apa. dia lagi lah tak tahu projek apa yang saya dapat sebab saya pun tak tahu saya dapat projek apa.

Office Enviroment ?

kiri dan kanan sama ja.. ada ruang kosong tengah2 untuk orang jalan sebab bangunan sebelah ada lah kantin.


itu la kak Sara.. g kerja, pakai kemeja dengan seluar sebab banyak naik tangga kat sini dan pagi- pagi kena buat senaman. Jadi, need more slack pants!!!
baju kurung terhad untuk hari jumaat ja...

Rumah aka hostel, berbilik kan 3 bilik, 2 tandas, 1 ruang tamu kecil dan 1 dapur kecil.
lipas dan habis di spray..habis satu botol..
semut, dah tak larat nak bertarung...
bangunan tu ramai lelaki.. apartment 4 tingkat.
asyik kena ketuk je pintu rumah, bukan cerita seram ni, orang- orang yang lalu lalang tu la..
selalu ketuk.

lama- kelamaan, sudah imun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
apapun, saya akn cuma menjadi kan segala kekurangan dan ketidakselesaan itu suatu kebaikan..kerana jika tiada mereka, nanti jadi terlalu selesa plak..
Alhamdulillah.. =)




Tuesday, December 28, 2010

WIRELESS-PESTA PULAU PINANG

assalamualaikum.
urm.
jam di komputer riba, 3.50 pagi, hari selasa.
28 Disember 2010.

tak boleh tidur lagi sebab excited dapat wireless baru.
tak lah baru sangat, dah lama detect, tapi takut nak pilih, sebab pernah guna, tetiba naik page wireless tu, cakap ada charge.
namun, kali ni guna,terus boleh surf, tanpa naik web page yang dulu tu.
so, kena bayar ke tak?
any hidden charge?

nama wireless: Toxicaria Hotspot

kalau dulu, pakai wireless ni: LaOBela.

Kemudian, password protected. balik kali ni, dah tiada terus.

ada wireless baru, public punya :DLINK_WIRELESS

sedap gak guna, tapi, putus-putus.
selalunya, senja dengan tengah malam, mesti line dia tiada.
suruh tido awal dan break sekejap..kot.

Balik rumah jarang-jarang.
Memang sejak dari kena duduk asrama, memang jarang nak balik rumah.
Belajar pun jauh- jauh. Mula-mula Kedah, kemudian, Perlis. Sekarang, Johor.
Dah biasa tak balik rumah.
Sejak belajar di UTM, paling lama duduk rumah adalah 9 hari. ( rasanya...)
itu paling lama.
cuti sem saja, mesti ada program yang join.

Duduk rumah pun, kerja nya kemas rumah. (kalau rajin..)
online..ya la.. dapat wireless jak duduk umah ni.
Sejak dapat lesen moto, asyik kuar dengan Hazi pinjam moto Ahmad . ( 2nd Bro)
moto abang 1st ada clutch, tak pandai lagi. tiada yang sudi ajar.
walaupun yang 1st tu. dia asyik kelaur kerja. kalu cuti, pun jarang lekat di rumah.
jadi, memang tiada kesempatan. (ke?)
moto Ahmad, sebijik macam moto suri tu, ex5 baru yang warna putih.
bukan, moto suri yang macam moto abang aku.

Baru-baru ni, Khamis, 23hb disember 2010.
jejak ja kaki di Penang, terus ajak Hazi kuar pergi beli barang kejap di Giant.
Guna moto Ahmad la..apa lagi.
Jumaat pun keluar, moto Ahmad jua.ke Pesta kah? a'a.



sebelum masuk~



membeli tiket. dewasa 3 ringgit, kanak-kanak 1 ringgit.



tengah tunggu turn untuk main, dan kebetulan, hazi berdiri betul-betul antara Challenger dengan alaala Top Gun tu.. so, I snap!
one of my favorite~!



ini yang kami naik. Harga rm6 bersamaan 3 token ( 1 Token= rm2)



habis ja main tu, ya Allah~~~ pening gila! sampai jalan pun terhuyung hayang.
dah lama kot tak main pusing-pusing.



selepas dah ok sikit pening, minum air sikit. Masuk haunted castle. 5 Token, which means rm10.
harap sangat dia berbaloi. Namun...................................



sebelum masuk H.Castle yang macam pa tu. tak takut langsung. hantu dia pun patung2 ja. itu lah rm10 yang paling tak berbaloi aku pernah belanja.



makan jom! Penang char koay teow dengan bihun sup.



ini di depan main entrance.



"So, that each night is starry one.."- 17 again.
ala-ala I-City kan? haha



akhirnya, gambar bersama yang jauh dan gelap.



ya, kalau lah haunted castle tu di jadikan lebih takut, saya datang lagi.ok?


Sabtu pergi rumah tokwan di Balik Pulau.
dengan mak. di Kampung Terang. ( Wahai orang-orang kampung Terang balik Pulau~!)

YA..........................................jalan itu.
Jalan yang bengkang bengkok dan digeruni ramai.
naik moto Ahmad jua..
Kawan aku pernah nak jatuh curam masa lalu jalan tu.
aku pun serik gak nak riding kat jalan tu.. bengkang bengkok yang sangat tajam.
dah la under construction. kebarangkalian nak accident tu sangat lah tinggi.
20 minit perjalanan.
aku curious macam nak abang-abang aku pernah lalu jalan tu dengan tiada lampu dan break.
suatu ketika dulu la..
dah. aku malas dah nak lalu jalan tu. serik dan seram~!

aktiviti esk? maksudnya, untuk beberapa jam lagi..
jam 9 nak ke QueensBay(QB) dengan hazi.
nak cuba benda baru yang dah lama bertapak di QB tu.
apakah? haha.nnti lah~~~

RABU, 29 hb Disember, bertolak ke Tanjung Malim.
selagi tak ke tanjung Malim, selagi tu lah aku akan sebut- sebut.
ke Tanjung Malim untuk menjalani Latihan Industri selama hampir 5 bulan.
4 Jan- 21 May 2010.
Tapi, 29hb tu sekadar mahu tengok tempat dan berjumpa dengan penyelia aku di sana.
pada 31, 1, 2 dan 3 jan, mereka akan bercuti dan katanya, hostel akan kosong.
menyebabkan aku tak boleh tinggal lagi di sana.
whut da???
jadi, 3 jan malam nanti maksu hantar ke tanjung malim.
maka, 29 Disember hingga 2 Jan, aku akan lepak kat umah maksu di bangi.
ya, bangi.
akan berjumpa Rue, rumate semasa di m3x dulu. jika maksu tiada apa-apa plan.
dan tiada aral yang melintang.
boleh Rue cakap.." Tak sabar nak jumpa panda ku!" haha..rue pangil aku panda dulu..
huhu.
whuteva~~ cute pa panda. an~! haha





ok.need some shut eyes now.

p/s: seluruh Penang akan ketiadaan air dari 7 pagi hingga 7 malam hari ini. 28 disember.
p/p/s: laju or wireless ni!!!!!!!!!!!!!! dan TAHNIAH Malaysia atas kejayaan 3 gol tersebut.~
p/p/p/s:dah tak miss accidentally.

Friday, December 24, 2010

AFTER BEIJING....

kali terakhir mengemaskini blog adalah pada 22 november 2010..dan hari ini dalam sejarah adalah 24 disember 2010.
fuh~ hampir sebulan tak kemaskini blog.

anyway~ its chrismas eve~!
yeay~! so i would like to wish those who celebrating it,

Glitter Graphics



everywhere i go these days, decorated x'mas tree everywhere~!!!!

recently i was in Beijing~
the hotel, got this little display for the coming xmas..
like this one..



itu yenna




ini adalah di mid valley
semasa bertandang ke rumah syaza

serba sedikit tentang demam xmas di malaysia dan beijing.

Malaysia celebrate all kind of festives..
Deepavali, christmas, aidulfitri, aidiladha, gawai, chinese new year, thaipusam, kaamatan?
semua lah~
to keep the harmony is the key for malaysia to stand strong and unity.
so, we need to preserve the harmony.
no more 13th of may. NO MORE~!
lets live in harmony malaysians~!!
=)

ada sebab kenapa blog ini sudah lama tidak dikemaskini.
habis sahaja peperiksaan akhir tu, bersuka ria sekejap.
kemudian terus dengan gerak kerja LASTECX'10.
amik cenderahati, follow up penajaan, beli winter coat, hantar pergi dobi.~
tukar mata wang.~
Yuan RMB ke Ringgit..untung lagi kita..kita macam 2 kali ganda.
macam kalau bawak 200 ringgit, di sama bernilai 410+ Yuan.
ya, macam tu la.
terbalik dari pergi singapura.
bawak 200 ringgit, akan dapat 100 singapore dollar.
jika ke Hong Kong, 40 ringgit akan dapat 100 Hongkong Dollar.
lebih kurang saja..

Masa ke Beijing ( 6- 11 Dis), barangan nya sama sahaja harganya.
contoh, baju tshirt , dalam lingkungan harga 10-30 Yuan..macam kita di sini, 10- 30 ringgit.
itu yang dimaksudkan sama.

Beijing is very historical and traditional..
I mean, the place are like, Forbidden city, great wall, summer palace.
We get to know jade, silk, pearls, tea and traditional medicine.
so, its like melaka if you in malaysia.
full of ancient buildings and stay with it's traditions.

Any how, its was cold.
we get to feel how was it to be in 8 to -4 degree Celsius.
its really cold.
the surface of the summer palace's lake is already frozen but its not snowing yet.
Such a different and great experience for me.
Being cold, naturally, without the air-cond.

The surrounding of Beijing was peace, as the name itself.
lots of park, greenly scenery.
and lots of people using the subways and bicycles like the japanese.
they even have lane on the road for bicycles users.

Di Malaysia mungkin boleh jika tak panas sangat dan tidak berbukit bukau..
mungkin juga peserta-peserta Trans-Selatan akan sangat menyukai Beijing~
=)
** Trans-Selatan adalah kayuhan amal anjuran Kolej Perdana bersama Viva baru- baru ini.

ok, pictures time!!



ini di forbidden city.



yg paling atas, di muzium jade, kemudian main ski , mendaki great wall, melawat bird nest dengan angin yang sangat kencang.yang terakhir, di universiti of TsingHua.

boleh tengok album gambar penuh di facebook farahin dan kawan- kawan lastecx yang lain.
di link..
http://www.facebook.com/album.php?aid=263892&id=678289217

banyak gambar-gambar di beijing, hingga 3 DVD setiap sorang diberikan..
kompilasi gambar- gambar..
di mana itu merupakan salah satu aktiviti yang memakan masa yang terluang meniti hari- hari sebelum LI.

ya Latihan Industri.
bermula 4 Januari 2010 hingga 20 Mei 2011.
di Proton Tanjung Malim, Perak.
20hb lalu ke rumah syaza, sebab perlu ke proton s.alam untuk proses dokumen dan buat pass masuk.
which i really dont get it why have to be done in s.alam.
why not in tanjung malim?
then, i have to returned the pass after i finished LI at S.ALAM.
hurm.
padahal LI nya di Tanjung Malim.
nanti pada 30hb, saya akan ke tanjung malim, hanya untuk letak barang di hostelnya.
sebab, kata pihak tanjung malim, hostel akan kosong sepenuhnya dari 31hb malam, hingga petang 3 jan. 3 januari adalah cuti bagi proton.
jadi, akan melepak kat umah maksu di bangi dari 30hb hingga 3 jan.
3 jan petang, paksu akan hantar.
** hurm, memang macam plan yang sangt serabut dan bertimpa-timpa.
aku rasa serabut.sangat serabut dan rimas dengan itu ini. hurm~~~~~~~
somehow, it really confirmed my thoughts on them.
enough about it. whatever it is, its done.
I already done it. I'd go to s.alam, for the 30 minutes process while staying at syaza's house for 3 days.

Syaza's family is the best.
they've been great host and very nice.
terima kasih tak terhingga di atas segalanya~! =)
kemudian sempat bertemu rakan-rakan tersebut!!!
aaaaaaargh~~~~!!!! (excited screaming~!)



fazzie, ezazie, syaffie, cazzie~!!hehehe
(faz, eza, syaf dan saya, kemudian syaza)



bila dah jumpa, sembang sakan lah~~~


ini bear paling besar pernah saya jumpa! dia berada di tengah-tengah mid valley pada masa itu bersama-sama display yang lain sempena christmas.

mula-mula chit chat, pastu jalan2 kemudian wayang, My Soul To Take. ok la. 3 bintang.
then, off to aour separate ways..semoga berjumpa lagi. soon.

23hb, khamis, bertolak pulang ke Penang berbekal alas perut dari keluarga syaza.
terharu~! mee goreng+ telur mata, air teh o, potongan kek strawberry dan garfu~!
tak penah rasa sekenyang itu untuk perjalanan bus...huhuhu..
terima kasih mak syaza~!!!

23hb, jam 5.30 ptg, sampailah di Penang.
malam tu jugak sudah keluar ke giant sebab nak beli barang skit.
sampai pukul 12 tgh malam.
cari makan jugak lepas beli barang tu.
24hb, ke tapak pesta pulau pinang~! hehe
nanti wa masukkan gambarnya.
25hb-its xmas~!!! no plan so far.

itu sahaja lah yang berlaku setakat ini..
need to prepare for LI.

p/s: masa yang ada sebelum ke rumah syaza dan lepas balik dari beijing disi dengan mengemas barang dalam bilik dan membukukan laporan LASTECX'10.
bilik sudah clear dan saya amat-amat ingin memoon maaf kepada asiah aris jika barang yang saya simpan kat bilik kamu banyak sangat. penuh bawah katil beliau dengan harta saya.
minta maaf accy~!!!
p/p/s: i miss someone. accidentally.

Tuesday, November 30, 2010

kena tag oleh beliau~!

ini eza tag aku dari dzailin..

1. Nama blog dan why name tuh dipilih?
LITTLE words of mine.. dipilih kerana rasa..siapalah blog aku ini..so, its LITTLE..hurm..mcm tu la.

2. Nama URL blog dan mane dtg idea tuh?
ainunmohamad.blogspot.com
its my name. ainun mohamad.


3. Method penulisan blog anda?
macam eza jugak..aku cm terkedu dan jengkil bila ada perkataan "method"
=.="
PSM~~~
ok, method yg digunakan adalah gaya bebas.
ble jadi aktiviti harian..repot apa yang terjadi..promosi.. dan apa-apa yang aku ingin berkongsi dengan kalian...
4. Perasaan anda bile tgk blog org lawa dan menarik tapi tgk blog sendiri tk lawa pun [ayat rendah diri]
hurm..template ni..mmg Pocket yang buat..tapi..aku modified sikit2..besarkan yng mana patut..hilangkan yang mana tak suka.. keciklah.. ini kira template versi edited. jadi, aku puas hati dengan hasill kerja aku..
jadi jawapan nya untuk soklan ini..: ada sedikit rendah diri..SIKIT je.. 0.000000000000000000001%


5. Bile wujudnye blog anda nieyh?
1st year ke? hurm.jap..(bukak balik 1st post..)
hah! December 17th 2008.
hurm. dah 2 tahun jugak..
bakal menyambut ulangtahun tak lama lagi..


6. Sapekah org 1st yg tahu dan jadi follower anda?
hajar ke? hurm.tak sure..


7. Sila tag 5 org , dan bgtahu mereka :)
hurm..aku tanak menyusahkan orang lain~~~~

Monday, November 22, 2010

Jumlahkan Semua Yang Berlaku

asalamualaikum..

hanya aku..sendirian .. tak berteman.. kesorangan......

(apa tajuk lagu ni??)
antara bait-bait lagu Siti Nurhaliza yang kedengaran.
Kanan, fadhziellaiha yang mentelaah Statistic, kiri pula syafiqah yang tekun mengira soklan Control. Jam Smash aku menunjukkan 7:50. 7:50??
alamak! jam terberhenti..butangnya terkeluar.. tekan balik..adjust.
Google up> taip "time Now", here's what you got~~~



4.25 Moday (MYT)-Time in Johor Bahru, Johor
yup. 4.25 in the morning. surrounded by people with few EXAM papers..
mine was done before AidilAdha. (wiiiii~~~ hehe =))
then, few minutes later, they take a break.
"what ur doing? --Take a break?"
ok..fine.. study break..and photoshots ( don't ask me why the activity is happening, some people have their own ways..)

Usually, I cant study in the evening...around 4.45- 7 pm..maybe 8 pm..hehe
and when you seen star above your head..( is it possible?)
yes, possible. I do. when you have to finish up the entire chapter WHICH you've been learn for about 6 month. AND compiled it in one night.
AND you have killer papers, EXAM papers non stop for a week. NO GAP.
DEFINITELY will see stars. lots of them.


gambar ini cuma kurang sebijik laptop dan buku-buku tebal yang bertimbun2..huhu

Apapun..waktu itu sudah berlalu..
haaa~~~~~~~
Alhamdulillah. walaupun banyak kena "bOooOOOOOOOoo" panjang, "boo" pendek, "bu~" atau ugutan nak ban para insan-insan yang habis peperiksaan sebelum raya Haji..
=.="
. jeles, tak leh nak buat pa la kan..
http://www.emocutez.com
lalalalalala~

exam dah habis..enjoy lah kan.
hurm.ini boleh dikatakan baru lagi bagi aku.. KAROK. ataupun karaoke.
Di mana, kalian boleh menyanyi mengikut lirik dan lagu yang kalian pilih dan suatu bilik kecil yang dilengkapi TV bewarna, mikrofon 2 dan sound sistem. Oh! ada TV kecik dan remote control untuk pilih lagu..
hurm. seumur hidup aku. hanya 3 kali.
yang pertama masa geng konvo 45 ajak. sem ini jugak.
2nd, hari ahad sebelum raya haji dan 3rd, hari isnin sebelum raya haji.
kira 2nd ngn 3rd adalah berturut-turut.
dengan membe2 Kolej dan geng scj..

side effect: pening-pening selepas keluar bilik kecil itu.
Kenapa? : HA! ini yang kita tak tahu ya! ( ikot nada dalam Lost and Faun)
mungkin sebab banyak mengeluarkan suara..mungkin.
hurm.

http://www.emocutez.com
hanya mampu ku melihat kecurangan warna bunga.. idamanmu, berbaja tiada... pemusnahku adalah kumbang~~~

dan semakin galak makan nasi ayam penyet.
sebelum exam...selepas exam..petang-petang letih stdy..
asyik makan nasi ayam yang dipenyetkan tersebut di Pinang, area belakang JUSCO Taman U.
( dah tolong promote ni...huhu)

keistimewaan: sambalnya pedas dan sedap. bukan sekadar pedas ya, sedap skali. supnya cukup rasa, tempe 2 keping wajib, dan ulam-ulaman.
sepantas kilat teringat: JBCool yang aku abaikan sekian kala. Pinang is a good place to cover.
hurm.


ini sebijik dalam pinang punya. Memang pinang punya nasik ayam penyet..
ada dalam Google ooOO~~~~~ caya ar pinang~!

slack:bagi sambal sikit dalam pinggan tu..selalu kena mintak sambal tambah. Bagi aku, orang melayu suka makan pedas. Hehe.. tapi ada ja insan - insan terpilih yang tak tahan pedas..mungkin Crew Pinang dah pertimbangkan hal ini, sebab tu lah letak sambal sikit.

Walau apa pun, aku tetap rindukan makanan buatan penang~~
1) Roti Nan Tandori
2)Pasembuq
3) keteow Kerang
4)Laksa Janggus Sg. Burung, Balik Pulau
5)Segala Jenis Roti Tepung- Roti Canai, Roti Telur, Murtabak, etc.. kat Penang rasanya lagi
sedap sikit. Walaupun kat mana-mana ja ada roti2 ini.. hehe
6) Popia Basah

DAN~!
tudung dan selendang kat Penang murah2 dan cantik2!!!! =)

setakat ini, Laksa kat kakak medan selera Taman U ja yang aku jumpa pandai buat laksa yang memang kena, kaw punya rasanya. serba serbi.. ikannya..pedasnya..kepekatan kuah... tekstur kuah..dan paling memikat, baunya. uish~! kecurrrrr~~~!

Direkemenkan oleh: Hamizah Mohd Hamka. nak order cari Cik Miza ni. kakak tu amik order ja. tak jual secara open..ada order baru dia buat.. tadak, tak buat la..



ini laksa janggus..pergh. kecurrr ar...~!
nak balik penang, la ni jugak~!!
aritu balik tak sempat nak pi...hurmmmmmmm~melepas!

to Hayad YC: maaf tak dapat nak bagi kamu rasa..aku tak sempat..huhu..

Sekalung Tahniah jugak kepada kakanda Umair, kerana berjaya melanjutkan PhDnya..
terus dari Degree ke PhD.. 1st class la katakan. um. Ya,bangga... Jeles? Tidak.
Aku memang tak mau sambng belajar dah. Habis buat Degree, memang nak kerja.
belajar memang seronok. Hidup sebagai mahasiswa, sentiasa ada peluang untuk benda- benda baru dan perkara-perkara yang best. Namun, cukuplah..huhu. Keep Moving Foward~!
But, student life is the greatest life experience!!!




stay up till is subuh,,rush on assingments,,laugh till ur stomach ache,, long holiday every semester end,, friends more than 5 people,, the youth spirits never ends~!!! =)
hurm. miss them already. we ( 3 scj) going for Industrial Training for 6 months, ( 3 jan - 20 may 2011), so, its like pre-graduation for us. No exam, no class, no college, just working and real learning for 6 months.

Going to be new ME after LI? just wait and see~ hehe

p/s: sempat merasa rendang buatan mak ngah dan buah pala kering masa balik hari raya Aidil Adha..
p/s/s: menonton Paranormal Activity dengan TV plasma Wide Screen yang baru, cuaca: hujan lebat and... Rumah black out ..2 kali. seram tak? huish...dah la masa tengok tu dah tutup lampu suma habis.. tinggal lampu dapur ja bukak..tetiba gelap gelita..then ada balik.pastu blackout balik.hurm. angkerrrr~~~
p/s/s/s: sebenarnya banyak kerja kena buat untuk ke beijing ni. sebab tu balik UTM awal. yup. nak ke beijing 6- 11 Dis 2010 ini. Pertukaran Teknologi dan Lawatan.
p/s/s/s/s: SELAMAT PENGANTIN BARU buat maksu maslina.. tarikh 5 Dis, maaf lah tak dapat hadir.