Tuesday, December 28, 2010

WIRELESS-PESTA PULAU PINANG

assalamualaikum.
urm.
jam di komputer riba, 3.50 pagi, hari selasa.
28 Disember 2010.

tak boleh tidur lagi sebab excited dapat wireless baru.
tak lah baru sangat, dah lama detect, tapi takut nak pilih, sebab pernah guna, tetiba naik page wireless tu, cakap ada charge.
namun, kali ni guna,terus boleh surf, tanpa naik web page yang dulu tu.
so, kena bayar ke tak?
any hidden charge?

nama wireless: Toxicaria Hotspot

kalau dulu, pakai wireless ni: LaOBela.

Kemudian, password protected. balik kali ni, dah tiada terus.

ada wireless baru, public punya :DLINK_WIRELESS

sedap gak guna, tapi, putus-putus.
selalunya, senja dengan tengah malam, mesti line dia tiada.
suruh tido awal dan break sekejap..kot.

Balik rumah jarang-jarang.
Memang sejak dari kena duduk asrama, memang jarang nak balik rumah.
Belajar pun jauh- jauh. Mula-mula Kedah, kemudian, Perlis. Sekarang, Johor.
Dah biasa tak balik rumah.
Sejak belajar di UTM, paling lama duduk rumah adalah 9 hari. ( rasanya...)
itu paling lama.
cuti sem saja, mesti ada program yang join.

Duduk rumah pun, kerja nya kemas rumah. (kalau rajin..)
online..ya la.. dapat wireless jak duduk umah ni.
Sejak dapat lesen moto, asyik kuar dengan Hazi pinjam moto Ahmad . ( 2nd Bro)
moto abang 1st ada clutch, tak pandai lagi. tiada yang sudi ajar.
walaupun yang 1st tu. dia asyik kelaur kerja. kalu cuti, pun jarang lekat di rumah.
jadi, memang tiada kesempatan. (ke?)
moto Ahmad, sebijik macam moto suri tu, ex5 baru yang warna putih.
bukan, moto suri yang macam moto abang aku.

Baru-baru ni, Khamis, 23hb disember 2010.
jejak ja kaki di Penang, terus ajak Hazi kuar pergi beli barang kejap di Giant.
Guna moto Ahmad la..apa lagi.
Jumaat pun keluar, moto Ahmad jua.ke Pesta kah? a'a.



sebelum masuk~



membeli tiket. dewasa 3 ringgit, kanak-kanak 1 ringgit.



tengah tunggu turn untuk main, dan kebetulan, hazi berdiri betul-betul antara Challenger dengan alaala Top Gun tu.. so, I snap!
one of my favorite~!



ini yang kami naik. Harga rm6 bersamaan 3 token ( 1 Token= rm2)



habis ja main tu, ya Allah~~~ pening gila! sampai jalan pun terhuyung hayang.
dah lama kot tak main pusing-pusing.



selepas dah ok sikit pening, minum air sikit. Masuk haunted castle. 5 Token, which means rm10.
harap sangat dia berbaloi. Namun...................................



sebelum masuk H.Castle yang macam pa tu. tak takut langsung. hantu dia pun patung2 ja. itu lah rm10 yang paling tak berbaloi aku pernah belanja.



makan jom! Penang char koay teow dengan bihun sup.



ini di depan main entrance.



"So, that each night is starry one.."- 17 again.
ala-ala I-City kan? haha



akhirnya, gambar bersama yang jauh dan gelap.



ya, kalau lah haunted castle tu di jadikan lebih takut, saya datang lagi.ok?


Sabtu pergi rumah tokwan di Balik Pulau.
dengan mak. di Kampung Terang. ( Wahai orang-orang kampung Terang balik Pulau~!)

YA..........................................jalan itu.
Jalan yang bengkang bengkok dan digeruni ramai.
naik moto Ahmad jua..
Kawan aku pernah nak jatuh curam masa lalu jalan tu.
aku pun serik gak nak riding kat jalan tu.. bengkang bengkok yang sangat tajam.
dah la under construction. kebarangkalian nak accident tu sangat lah tinggi.
20 minit perjalanan.
aku curious macam nak abang-abang aku pernah lalu jalan tu dengan tiada lampu dan break.
suatu ketika dulu la..
dah. aku malas dah nak lalu jalan tu. serik dan seram~!

aktiviti esk? maksudnya, untuk beberapa jam lagi..
jam 9 nak ke QueensBay(QB) dengan hazi.
nak cuba benda baru yang dah lama bertapak di QB tu.
apakah? haha.nnti lah~~~

RABU, 29 hb Disember, bertolak ke Tanjung Malim.
selagi tak ke tanjung Malim, selagi tu lah aku akan sebut- sebut.
ke Tanjung Malim untuk menjalani Latihan Industri selama hampir 5 bulan.
4 Jan- 21 May 2010.
Tapi, 29hb tu sekadar mahu tengok tempat dan berjumpa dengan penyelia aku di sana.
pada 31, 1, 2 dan 3 jan, mereka akan bercuti dan katanya, hostel akan kosong.
menyebabkan aku tak boleh tinggal lagi di sana.
whut da???
jadi, 3 jan malam nanti maksu hantar ke tanjung malim.
maka, 29 Disember hingga 2 Jan, aku akan lepak kat umah maksu di bangi.
ya, bangi.
akan berjumpa Rue, rumate semasa di m3x dulu. jika maksu tiada apa-apa plan.
dan tiada aral yang melintang.
boleh Rue cakap.." Tak sabar nak jumpa panda ku!" haha..rue pangil aku panda dulu..
huhu.
whuteva~~ cute pa panda. an~! haha





ok.need some shut eyes now.

p/s: seluruh Penang akan ketiadaan air dari 7 pagi hingga 7 malam hari ini. 28 disember.
p/p/s: laju or wireless ni!!!!!!!!!!!!!! dan TAHNIAH Malaysia atas kejayaan 3 gol tersebut.~
p/p/p/s:dah tak miss accidentally.

No comments: