Sunday, October 31, 2010

Aku Perlukan Ketenangan Hati, Jiwa dan Raga....

Asalamualaikum..
sejak habisnya kelas...
presentation...
project..
(kecuali TP3.)
aku dah semakin leka.. terasa semakin jauh dariNya..
tambah-tambah tengah .........................................( pepaham jela.)

sekarang, aku tengah berusaha untuk adjust balik waktu tidur aku..
Alhamdulillah... dah ok.
amin..berhasil jugak..

Namun, sekarang...dah makin lari..
itu tanda awal..
kerja sekolah pun dah tak pegang.
exam dah la lagi seminggu sahaja.. exam yang tiada gap.
8hb-TCS
9hb-SAD
10hb-XXXXX, 11hb-XXX2, 13Hb.. ntah..ak tak ingat..
( ha! ini pun salah satu tanda yang aku semakin leka.. jadual exam pun tak amik taw..)
Astagfirullahalazim...~!!!

Hurm.
bila dah suma tak amik tahu..
banyak lah sifat-sifat munafik yang timbul..
selalu mungkir janji...berbohong...
Ya Allah...

Rasa bersalah tu menebal.
menyebabkan aku mahu mencoret.
Minta Maaf Dayah and Hajar.
Dayah, i Miss da barli....

Hajar, jom lah wat TP3...minta maaf..
aku soklan pun baru baca tadi...
TP3- satu-satunya project yang belum submit.
Present 5hb ni.


"Ya Allah, aku berlindung dariMu dari ilmu yang tak bermanfaat..
hati yang tak pernah khusyuk....
nafsu yang tak pernah puas............
dan doa yang tak pernah Engkau dengar...
kau jauhkan lah aku dari sifat lalai dan leka...
tetapkan lah hati ku dalam mencari keredaan-MU...
sesungguhnya hanya Engkau aku memohon bantuan dan kekuatan....."
Amin ya Rabbal Alamin.........


p/s: nak telefon mak. I need my drug.......
my mom.







Friday, October 29, 2010

.;;KAWAN, sweet lah~!;;.

Saya ada banyak kawan di UTM..
semuanya sweet-sweet and very kind and gentle..
(sapa yang terasa, silakan~ =) hehehe)

2 of them is these one~


maaplah, gambar malam..
huhu..
nak tahu betapa sweet?
hurm...
ejat dan hajar (merujuk gambar di atas) baru balik dari azah( rasanya) kemudian berhenti kat dataran u4 ( kini dataran 1 Malaysia) kerana, nampak aku kat situ dan nak bg air laici yang sejuk.(sweet tak?, terima kasih la hajar, memang ubat untuk tekak aku yang sedia sakit ni.. =) terus berubah pitching suara lepas minum tu~)
lepas itu, yatie yang juga berada di tempat kejadian, nak ke k9, beli air...
terus ejat bagi pinjam moto dia kat yatie~!huhuhu.. ( sweet tak???)
bukan sahaja on da spot bagi , malah, telah meminjam duit sebab memang yati tak bawak duit~!
(sweet tak?)
dan mereka bagi moto di dataran u4 tersebut dan lalu berjalan kaki untuk ke blok..
( sweet tak???)
hurm.
ejat and hajar.. you guys are too sweet~!

anyway, this post is tribute to them.
( bukan sebab hajar paksa untuk diupload masuk dalam blog, bukan~ takkan lah~~~~)
(haish, tak mungkin lah~~~~~ takkan~~~~~~ =P)


p/s: kawan adalah seterusnya selepas keluarga.bagi aku. betapa dekatnya mereka.
Setakat ini, Alhamdulillah...
aku jumpa kawan yang baik-baik,
yang sama-sama membimbing dan sama-sama tak kisah berkongsi suka dan duka.
Sangat-sangat bersyukur sebab ada kawan-kawan macam ni.
Thank You, Allah.
A friend in need is a friend indeed.
I need them.

Sunday, October 24, 2010

.::Renungan Pagi Ahad::.

asalamualaikum~
sapaan ku pada burung-burung yang berkicau tanda mahu keluar mencari makanan
sapaan ku pada matahari yang mahu munculkan dirinya sekejap lagi..
sapaan ku pada kalian semua.

sejuk~
pagi ni sejuk sangat.
semalam seharian hujan ya amat...
lebatnya..guruhnya...air mencurah-curah.. Rahmat-Mu..
aku tido awal, lepas manghrib, dah pengsan, kena hujan petang tadi kot.
pergi fotostate buku SAD dan AI.
Bahan rujukan yang selalu digunakan,
acapkali juga aku rembat dari bawang dan cik dodol->(miza)

sambil menaip ni, ditemani alunan lagu Ki Ga Iru oleh Katou Idzumi,
soundtrack anime Bokura Ga Ita.
dari blog cik dayah tembam.. =)
kawan sekolah georgian dulu..sekarang di Vanderbilt University, US.
doing Chemical Engineering..
*jelesnya*

this is her. damn missing u~!
makin tantek too~! =)

~~~~~~~~
pagi berhasrat untuk melengkapkan kerja-kerja sekolah yang masih belum lengkap.
SAD..AI..
TP3?
~~~~~~~~
Malam ni ada dinner konvo di The Zone.
7.30 pm, kumpul di bus stop FAB.
Tema: Merah Hitam.
*dzailin mesti suka la*
which I still don't know what to wear since no black or red attire.
Baju kurung la jawabnya.......
~~~~~~~
Current mode: Missing those friends which out there, far away.................................
~~~~~~~
sebenarnya, nak post mengenai sesuatu yang aku jumpa di blog dayah...
tajuknya, Teka Teki Imam Ghazali..
here goes,
sama-sama renungkan....

1)Imam Ghazali: apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Orang Tua
murid 2: Guru
murid 3: Teman
murid 4: Kaum Kerabat
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


**hurm..dekat, betul dekat..mati itu adalah PASTI. tiada sangkalan lagi..pasti..

2)Imam Ghazali: apakah yang paling besar dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Gunung
murid 2: Matahari
murid 3: Bumi
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

**hal yang buat aku terfikir tiap-tiap hari..
bagaimana nafsu yang mendorong kehidupan sehari-harian..
nafsu makan..nafsu tidur..nafsu untuk leka terus bermain internet, nafsu mengejar masa untuk siapkan kerja sekolah yang nak kena anta..nafsu untuk leka bermain dengan perasaan..
segala yang kita buat berpandukan nafsu..
kenapa HAWA nafsu? HAWA itu bukan perempuan?
hurm.........................mungkin perempuan yang sinonim dengan nafsu..
lebih dekat dengan nafsu..

3)Imam Ghazali: apakah yang paling berat di dunia ini?
Murid 1: Baja
murid 2: Besi
murid 3: Gajah
Imam Ghazali:Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

**
ya..amanah.tangggungjawab..tanggungjawab sebagai pelajar, anak dan kawan.
jadi mahasiswa yang baik pada pensyarah?
selalukah kita berdoa pada ibubapa kita?
adakah kita mengamalkan adat berkawan dengan betul? tidak menipu kawan?
tanggungjawab dalam berprogram..adakah kita lakukan tanggungjawab kita dengan baik?
pengarah, TP, KU,anak buah yang menjalankan tugas dengan sempurna?


3)Imam Ghazali: apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
murid 2: Angin
murid 3: Debu
murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali:Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

**
ini buat aku termenung jauh dan terfikir-fikir..
memang..memang senang sangat. betul lah ia paling ringan...hurm.hurm.hurm..
sangat, sangat ringan untuk dilakukan.
Ya Allah..ampunkan aku...

5)Imam Ghazali: apakah yang paling tajam di dunia ini?
Murid-muridnya serentak menjawab: Pedang~!
Imam Ghazali:tu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

**ini yang buat aku malas nak berkata-kata, jadi pendiam..
kadang-kadang tu, aku suka mendengar dan bersetuju sahaja..
padahal ada yang aku ingin katakan.
namun, aku takut sekiranya hal ini akan melukakan hati.
minta maaf sekiranya aku ada terluka hati sesiapa dengan kata-kata aku.....


p/s: aku mahu jadi yang sederhana.
p/s/s: bagaimanalah mereka di pangkor? (PECcos'10)... hope everything's fine.
Starting to miss them already.
mereka balik hari ni..sampai esk pagi kot. Rasanya. Tak pasti.

this one random...




Friday, October 22, 2010

aaaa~!!! so so so s o sorry~!!

I was playing around with this website to analyze the architecture..
my assignment was about online ordering system..
so, i was placing an order ..
to know the process and all the requirement needed to make an order..
i insert random address..and all sort of fake id..
then, i accidentally confirm the order~!!!!!
haaaaa~~~
they going to make the order then????????
they can track my IP rite????
alamak~~~~~~~~~~~
(busted~!)

Saturday, October 16, 2010

cinta Sukma kembali menghantui..

presentation is on this Wednesday, 20 Oct 2010, 8.30 am.
and, Im the FIRST on the list.
haaaaa~~~~ (so dead.)

ok. what should be on the presentation?

my evaluator, is both my lecturer which I always skip their class.
2nd haaaaa~~~~ (so dead.) 
Pn Norazah - i enter her class, park my beg, then go sleep outside coz, I didnt understand.  
Sir Firdaus - always enter his class 30 minutes late coz his class is on 5 pm and 2 pm which I usually take my nap 2-4pm.. that's why i always late.....
    Maybe this is my repay for being not so nice and not a good student to them.
    (Allah is so justice..Subbahanallah...)

    I hope I have more time to revise on the system i developed..
    practice present to Pn.Dayang...
    3rd haaaaa~~~~ (so dead.)

    p/s: my sunshine, I love sunflower.



    p/s/s: cojunction with XX+YY post on sanggul...
    hurm..saya rasa..jika kita bertudung tapi, jika orang yang melihat dapat mengagak rambut kita macam mana dengan ketinggian sanggul tersebut, bukankah ini sudah..hurm..haram?

    lagi satu, yang pin kat leher bagi ketat sampai nampak paras bentuk telinga dan leher?
    maca na pulak? bukan kah kita dapat mengagak bagaimana kepalanya tanpa bertudung?



    Friday, October 15, 2010

    entry macam-macam~ =)

    asalamualaikum~
    lama tak mengemas kini blog. hehe
    hurm. macam-macam dah jadi sepanjang tak mengemas kini nie.
    macam..sangat macam..
    sekarang, masa tengah taip bait-bait ni, diteman oleh alunan lagu aiman-Cinta Terakhir, deruan kipas bilik anak cik hamka yang tengah pening macam na nak pujuk orang yang sudah berkecil hati..

    hurm..bagi aku..kita kena lah tahu punca kenapa dia berkecil hati..jika munasabah, kita minta maaf la..jika tak munasabah, sama-sama cari penyelesaian dan cakap lah dengan dia yang..
    "saya tak suka tengok awak selalu kecil hati.. tak sweet~.... "=)
    hehehehe
    [sudah tukar lagu.. alunan I still believe pula]

    anyway, i just finished submitted my full draft of PSM 1 to Dr Dayang and Sir Hishamuddin.
    Its finally over. week of being love drunk with my Sukma..
    Sukma, you will never be forget, I'll see you next sem, ok? Starting to miss u even now.. =)
    hehehehehe...
    [Panglima Sukma Mahawangsa- PSM, i called Sukma.. full of love isn't it? hahaha]

    ini yang aku sempat cipta untuk Sukma..hehe

    Pesta Konvo 45 pun dah berlalu sudah. Banyak pengalaman baru yang dikecapi.
    Banyak, sangat banyak. Bertambah lagi kenalan-kenalan di UTM ni. Tahniah kepada kawan-kawan lain. perit jerih mengharungi Pesta Konvo dalam waktu kuliah memang terasa.
    "Angkat tangan kanan, golek-golek..letak bahu kiri, cakap, Tahniah~" =) .apa yang papa Man suka cakap.. hehe ( Papa Man??? mati kalu Man baca ni..huhu)


    ini gambar yang ada mukaku..hehe.. jap2 aku kasi banyak-banyak gambar lagi..


    ini masa nak berkonvoi..Eriyka on it! =)



    konvoi pakai lori??? no hal lah~~~

    ular ni, tiap-tiap hari kubelai..hehe..sebab kena jaga mini zoo tu..
    boleh tahan lah~~~
    ada gamabr yang aku amik dengan iexora..nanti aku upload..

    dan acara paling grand~! AUTOSHOW!


    masa ini Sukmaku amatlah diabaikan~huhu..sori sayang~
    lepas habis ja konvo, mulalah mingguku menjadi zombie....mengarang nukilan buat Sukma..
    dan berjaya dihantar dengan penuh bangga pada 14-10-2010.Lewat sehari. hehe
    Dr Hishamuddin rilek je. sayang dye jugak boleh?
    sarangeyo~!
    hahaha..jgn dye baca blog aku sudah!



    seterusnya.urm.
    ada benda lain jadi. cerita hati.tapi aku tanak crita kat public. Hal ini suma percaturan-Nya.
    aku harap semua yang terjadi ada hikmahnya. Walaupun apapun yang terjadi..pasti, pasti ada.


    p/s: waktu tengah kemaruk bercinta dengan Sukma, aku ada demam panas sikit.. yang aku dapati bila demam adalah, ayam goreng McD terasa seperti ubat gigi..payau dan air ribena macam terlebih klorin...
    just my taste sense become like that..
    pernah masa demam kat hostel dulu.. ayam KFC macam rasa ayam yang tiada perisa...huhu

    p/s/s: Anoo kemalangan baru-baru ni..semalam. menaiki Eriyka.. bonceng bersama Beba..
    sejurus selepas xcident tu, terus dibawa ke PK.. diberi ubat antibiotik, pain killer...
    dorang cedera ringan saja..sehinggalah di xray pagi tadi..kedua-duanya bahu patah...
    Innalillah...
    beba mukanya bengkak teruk...
    moga2 cepatlah mereka sembuh..final lagi 3 minggu..
    cepatlah baik, kawan-kawan..hate to see you in pain..






    Monday, October 4, 2010

    words left unspoken..

    seperti biasa..postmortem saya akan ckp sikit ja padahal banyak benda yang saya harap dapat diperbaiki.. sebab tak terfikir masa itu..
    dan better pada postmortem 44 la sebab saya ckp banyak skit...

    so, here goes..
    1) -first impression always the most important-
    agak terkilan dengan bendahari n unit cnderahati sebab masa malam 1 malaysia, bayaran lewat sedangkan dah pesan awal2 kena ada ngn saya masa event berlaku, namun, dia tiada. sama juga yang sijil penyertaan.
    ** inilah kali pertama saya berkerja dengan mereka dan saya sudah ada mind set bahawa mereka akan sediakan dan berada di tempat kejadian seperti yang dipesan..namun, tiada. Saya dah terkecil hati waktu itu sebab banyak deal dengan orang luar. nasib baik tiada yang balik lagi.
    **hari2 seterusnya, saya macam serik juga, sebab ada event lain yang memerlukan bayaran dan sijil.
    **kemudian, senamrobik juga berlaku perkara yang sama.. namun, saya telan sahaja dan tidak amik pusing hal ini kerana dah pernah berlaku..nasib baiklah instructor senamrobik itu seorang yang amat memahami..
    ##saya terfikir juga knapa hal ini berlaku dan baru saya faham.. mereka sibuk dan ada hal lain yang perlu diselesaikan, mereka perlu selesaikan hal lebih penting...kekangan2 lain juga ada..
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    2) bahagian yang senamrobik dan badan beruniform..
    ** saya akui yang pertunjukkan ini banyak cacat celanya dari pihak saya..dan kekangannya sama..timing.
    pacaragam- final exam pada waktu persembahan.
    " mereka ada tangggungjawab terhadap study mereka, ibubapa dah complain ttg mereka aktif sewaktu exam..awak pahamkan apa yang saya cuba sampaikan..?" kata salah seorang pengetua sekolah ..
    begitu juga ninja, instructornya sudah nego dengan ibubapa anak2 buah ninjanya, namun, akhirnya tidak berhasil.
    yang salah sorang SMD telefon dan "berbahas" dengan saya mengenai timing tersebut..sehingga saya pass telefon pada adib untuk sambung berbahas..
    ##kesimpulannya, sila consider timing semua pihak tambahan pula apabila mahu dari pihak luar.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    bab kena marah2 dan tegur secara tidak berhemah dari pihak luar dan dalam yang dapat dapat tu, saya telan sahajalah sebab dah imun dan saya anggap itu mmg dari kesalahan saya sendiri.
    cuma saya harap, tegurlah kena dengan caranya, agar pihak satu lagi tu dapat ambil pengajaran tanpa sakit hati balik.kita sama2 penat, kita sama2 stress dengan kerja..apa yang kau rasa, aku rasa jugak..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    apapon, saya dah dapat lagi satu pengalaman berpesta konvo..
    banding dengan konvo 44, ia berbeza pengalaman nya dari segi tertentu..
    minta maaf sangat2 atas kesilapan yang saya lakukan..
    saya harap dapat belajar dan amik ikhtibar dari kesalahan tersebut..
    dan terima kasih atas segala kerjasama yang dberikan..
    saya dapat belai ular, kawan2 baru, eratkan lagi dengan yang lama...
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    p/s: selagi tak luah ni, selagi tu la duk pikir...mmg tak ble tido nyenyak..
    asyik guling2 je atas katil tu..

    p/s/s:lega skit...mata pun dah ngatuk ni....