Sunday, February 28, 2010

364 un-BIRTHDAYS

semalam, 27 Feb 2010, Hari Jadi aku.
tak ada masalah lah~ dah 21 tahun dah.

Namun, hari sabtu dan jumaat itu, (26 dan 27hb)
jadual penuh.
Feel nak sambut hari jadi pun tiada.
Dan aku tak sangka kawan-kawan aku nak sambut jugak.

26hb-Jumaat
pukul 8 malam:kena jaga larian malam di Tasik UTM
habis dalam pukul 11.45pm.
Lepak k9 untuk makan aiskrim.
bersama nor sahaja.
sebab aku malas nak balik bilik.
Miza takdak.
makan lah aiskrim 3 ceduk, pelangi, peppermint(perisa ubat gigi) dan vanila.
Nor belanja .RM2.00
11.50pm, ada orang bagi SMS-"selamat Harijadi..dah boleh p daftar pengundi.Haha.."
Terima kasih la SaId..
Kemudian, pae, hajar kol, ijat,sue, hazi kol dan seterusnya.Malam itu banyak SMS. pagi esok pon ada.Fb pun banyak gak.
Terima kasih kepada semua yang ucapkan.

27hb-Sabtu
8pagi, bangun dalam keadaan yang sangat mengatuk.
bersiap-siap untuk ke Kelas Dr Shahizan, ASP.Net.Hingga 5 petang.
Mood untuk sambut? Masih hambar. Tak terasa sangat hari ini adalah harijadi.

~You have 365 days in a year
with ONLY ONE day is Your BIRTHDAY~

Mungkin sebab dah tua kot.*hahaha..*
Sepetang balik dari kelas, aku ke JayJay Taman Universiti .
Tadak mood nak balik bilik.
Miza, eza dan pae g Training. sampai pukul 9.45pm aku keluar.
Aku beli kemaja dengan seluar slack satu. hadiah untuk diri sendiri.
Balik dari JJ, aku turun ke dataran u4 untuk mendengar ceramah Maulidir Rasul,
*itupun selepas izzati kecik talipon masa nak pulang dari JJ*
kemudian berlarutan hingga 1 pagi sebab ada meeting LASTECX'10.
tamat lah sudah harijadi itu.

Rupa-rupanya, di atas kawan-kawan saya sudah masak maggi kari dan goreng2 nugget dan kentang.
makan-makan untuk sambut harijadi.
hurm....*masih rasa bersalah*
saya dah tahu mereka tengah masak-masak sebab saya naik kejap ke bilik, nak charge bateri nset.
saya ingat mereka saja ja masak, hari cuti kan..
Tak sangak pulak untuk saya.huhu..*tapi, tiada beza kot..*
balik dari lastecx, saya baring di katil pae..letih..balik bilik miza tadak.
dayah datang gerak kan..swuh bangun.
rupanya ada kek di luar. hwaaa~ terharu sih~!
hurm..terima kasih kawan2~!
miza bg surat..sue bagi beg..tq~


Sunday, February 21, 2010

DOA MIMPI BURUK.

Doa dalam huruf latin berbahasa Arab :

ALLOOHUMMA INNI A’UUDZUBIKA MIN ‘AMALISY SYAITHOONI WA SAYYI'AATIL AHLAAM

Artinya :

“ Yaa Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan setan dari mimpi-mimpi yang buruk ”


petikan dari blog http://mentoz07.blogspot.com/


aku mimpi buruk pagi tadi.

yang pastinya,tekak aku kering..

aku dapat rasa yang hujung lidah aku macam kebas.

satu badan aku kaku dan berat.

mimpi tu memang buruk.

aku terjaga, keliling gelap. kaku kejap seketika.

bila dah ok sikit, aku bangun dan bukak lampu.

amik handset, tengok jam, 5.53am.

nak subuh dah...


p/s: aku malas nak cerita mimpi buruk tu apa.

Benda baik, cakap-cakapkan, benda buruk, simpan-simpankan.(yeke?)



Hidup di lebuhraya dan melompat-lompat.

baru-baru nh balik ke Pulau Pinang pada 14hb Feb
semata-mata untuk memenuhi jemputan kahwin
seorang senior YP pada 15hb Feb.
14hb, pkul 11.45pm, bertolak dari Sri Putri hingga ke Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Anggaran Pukul 8 pagi , 15hb Feb, tiba di Sg.Nibong.
Dek bermain game dan tertidur lewat ( selepas subuh),
kakanda-kakanda saya telah terlupa untuk menjemput saya di stesen bas.
Mujurlah kakanda yang ke 3 tersedar.
45 minit juga berusaha mendail nombor-nombor talipon tangan mereka.
Jadi, pukul 11.10pagi, bertolak ke jeti Pulau Pinang untuk menaiki feri.
Perlu ada di Jeti Butterworth pada pukul 12tghari kerana seorang lagi senior (Sek Ren, Matrik, Universiti, YP) dengan baik hatinya sudi mengambil untuk ke rumah pengantin a.k.a rumah kenduri.
sebelum ke Kg Nyior, Jitra Kedah, (rumah kenduri),
perlu mengambil seorang lagi senior YP di alor Setar.
jadi, Sri Putri->Sg Nibong Pulau Pinang->Butterworth->Alor Setar->Jitra
memang muka lebuh raya sahaja yang nampak.

antara pose-pose di kenduri tersebut..:-



dari kiri, syam, sumi(si pengantin),cot.



wakil YP yang hadir..



pasangan pengantin.

boleh lihat lagi gambar-gambar menarik di link:-
http://www.facebook.com/album.php?aid=2049021&id=1122736570
atau
http://www.facebook.com/album.php?aid=2051326&id=1324037677

********************************************************

Tambahan pula, pada 17hb Feb perlu menghantar adinda ke
MRSM Transkrian..
*kita bertemu lagi oh, lebuh raya*
melalui Jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah.
Namun tak selama perjalanan lain.
bayan Lepas ke Transkrian mengambil masa hanya 45 minit.
Hurm, tapi, terasa panjang dan lebih lama bila berada di lebuh raya..

19hb Feb,
Bersiap-siap untuk pulang ke Skudai.
*Lebuh raya perlu mangadap muka aku lagi..*
bertolak lah aku dari Sg Nibong sehingga ke Sri Putri, Skudai.

Masa banyak dihabiskan di lebuh raya.
dan juga melompat-lompat dari negeri ke negeri.
Johor->Pulau Pinang-> Kedah->Pulau Pinang->Johor.

Mungkin orang yang melompat-lompat juga tahu bagaimana perasaannya..

p/s: baru pulang dari menonton Percy Jackson the Lightning Thief di Layar Perak UMall.
menarik. 1 thumbs up!

Friday, February 12, 2010

Seharian bersama Eryika

gerak dengan Eryika dalam pukul 3.20ptg..
singgah KTDI surau Al ilmu kalau tak salah..solat zuhur.

seterusnya, cari port baik untuk rehatkan minda.
Kami, aku dan Eryika, pusing2 kawasan KTR, K11,KDSE, KTHO..bahagian sana lah..
dah jumpa.Tasik depan PK.
nyaman.
kebetulan pulak angin sepoi2 bahasa..
ada bangau.
lembu pon ada.
tgk tasik yang bergelombang mengikut angin..
lepak sana sampai pkul 5, tunggu boleh naik parking HEP,
nak solat asar kat MSI ( Masjid Sultan Ismail).

sesudah solat asar di MSI,
aku mandi kejap di shower MSI..
sejukkan otak kepala,
hati dan sanubari...

kemudian,
nak pulangkan buku di PSZ( Perpustakaan Sultanah Zanariah)
namun, kad m3x tak bawak plak..
jadi,
pulang kejap bilik amik kad m3x.
sebelum pulang,
aku beli buah jambu kat booth mkanan depan PSZ.
akak jaga kedai tu Kak Ain EMT rupanya.
dia wat part time.
lepas hbis makan buah jambu tu,
kami gerak balik U5 kejap.


lepas amik akd m3x, aku balik PSZ.
pulang buku dan lepak tgk discovery channel.
Marco Polo.
baca surat khabar.
bila nk hampir maghrib, aku gerak untuk cari buku cerita baru.
lepas pinjam,
gerak ke MSI untuk solat maghrib.
Hari ni pulak Hari Khamis, baca Yassin skali.
Solat jemaah Isyak.
Perut mula berkeroncong.
Nasi putih + kalian goreng ikan masin di Meranti.
aku mkn, Eryika pun kena makan gak.

Bergerak lah kami ke Shell sebelah McD.
minyak RM4. sama harga dgn nasi kailan aku.
kami bergerak dengan kelajuan malar 60km/jam di lebuh raya.
alang2 aku di lebuh raya tersebut,
ditambah dengan rasa malas untuk pulang lagi ke bilik,
aku terus masuk simpang untuk ke Taman Universiti.
Pusing2 kawasan Rainbow.
Banyak kedai dah tutup.
Jadi, aku ke Jaya Jusco saja lah..


Jaya Jucso pun hampir tutup sebenarnya.
Cool Blog yang di pesan Pae tutup.
Black Queen untuk keychain Eryika juga tutup.
McD sajalah yang mampu dikirim.
Aku sempat melihat cheongSam yang dijual.
dan membeli hadiah kahwin Schumi.
dan keychain eryika di kedai Hinode ( kedai rm5)

jam ditangan hampir pkul 11 pm.
kami bergerak pulang.
dalam perjalanan pulang, ada pakcik yang telah sesat di KP( Kolej Perdana),
beliau sebenarnya hendak ke KDSE.
Jauh benar.
aku nk bagi tunjuk pandu arah pun, terlalu jauh.
jadi, aku tunjukkan lah bersama eryika sehingga pintu pagar KDSE.

selepas hantar McD di bilik Pae,
aku pusing2 sehingga di k11..
melepaskan sesuatu yang baru terbuku di hati.

Selimutkan eryika untuk kedua kali.
jam di tangan 12.30pagi.

p/s: satu benda sahaja yang bermain di fikiran hari ini.
aku tak bisa dapat kepercayaan mereka.

Thursday, February 11, 2010

kalu terkena minyak panas nak buat apa?



kulit ada 3 lapis..
1)epidermis
2)demis
3)hypodermis

1st degree burn terjadi apabila melecur di epidermis.
2nd degree burns terjadi apabila melecur di dermis.
3rd degree burns terjadi apabila melecur di hypodermis.


jadi..
minyak panas, minyak masak ya, bukan minyak petrol @ minyak2 lain..
boleh menyebabkan 1st degree burn.

apa nak buat kalu terkena?
1) cepat2 lari ke pili air yg terdekat.
2) alirkan air di tempat yg terkena minyak itu.
sambil2 tu, sabunkan tempat kejadian untuk hilangkan minyak.
3)Jangan letak mentega, ubat gigi dan seangkatan dgnnya kerana mereka lebih2 lagi memerangkap haba.
4)alirkan 10-15minit
5)jgn letak ais direct pada kulit. boleh menyebabkan forstbite. kaki beku.
6) bilster @ kelopak air adalah perkara biasa. itu reaksi badan untuk mengelak infeksi @ jangkitan.
7)keringkan kaki.
8)sapukan neyomycin @ krim yang dibenarkan untuk merawat minor burn.
9)lotion pon boleh jugak untuk mengelak kulit kering.
10)boleh telan pain killer untuk tahan sakit. amat pedih bila kita tak alirkan air.
11) anginkan @ letak blue ice pack sehingga anda tak mahu dah.
12) insyaAllah, esk dah lega lepas anda tidur dalam kesakitan...

p/s: based on true experience...

Tuesday, February 2, 2010

ERYIKA DAH SAMPAI !!!!

survey n deposit hari jumaat...
toke ckp, atleast 4 hari maw siap road tax ngn insurans..
jadi...
bajet2..khamis la kot dapat.
sebb ikot hari bekerja..

~HARI SELASA.~
masa siap2 nk g jumpa encik fauzi di unit kebudayaan..
ada num asing telefon..

"Hello..?"
"awak siti ainun basyirah ke?"
"ye saya.."
"moto awak dah siap.."
"HAH?Dah siap???"
"a'a..dah siap..nk amik sekarang pon boleh.."
"SEKARANG?"
"ye.."
"ok2..terima kasih~!"
************************************

"miza! nanti tolong aku amik eryika.. dah siap!"
"ok2.."
"nanti dah setel ngn en.Fauzi, aku gtaw kau.."
ok.
set!
hbis discuss ngn encik Fauzi..
gegas kol miza amik kat SUB.
kuar g taman U ..amik eryika..~!
bayar the rest of the balance..
isi minyak..full tank..MIZA BLANJA~!haha
tapi, toke ckp..bwak 40-60 ja..
mmg saya bawak 40km/jam je tadi..
kat jalan raya..
mmg macam makan angin la..
huuhu..
pastu masuk kelas lambat 1 jam..
huhu
maaf Pn Norazah~!
apa pun..dah bawak eryika pusing2 UTM sampai K16,17..
kasi panas skit enjin..
tapi, bawak range bawah 60 la..
angin pon sedap je ptg2..wiii~~~



masa amik di kedai..





ERYIKA~~~!

Moral Down..

bila eryika nk sampai nh..
tolong lah cepat2 skit..
hurm..

kelam kabut dibuatnya..
terkjar2 jugak la..
hati ni..gelisah je..
byk kerja tak siapkan lagi..

tgk planner yg terpampang kat depan meja stdy nh..
khamis paling pack la.
-meeting lastecx. pkul 9.30mlm -Appointment ngn K.siti pkul 4.15pm -Submit 2nd Draft BI pkul 2.00pm -Meeting AD Project pkul 8 mlm

Selasa
-appointment ngn en Fauzi pg
-meeting pesta Konvo mlm


Rabu
TEST OS!!!!
OS dah la belambak2 faktanya..
hurm..

MGU depan kena submit Prototype AD..

Ya Allah, bagilah aku hati yg terang agar aku dapat mengaturnya
dengan baik akan pekerjaan ku...

permudahkan lah pekerjaan ku, Ya Allah..

p/s: hati sentiasa tidak tenteram...