Thursday, July 23, 2009

Suma dah tak sama macam dulu..

baru baca blog syaza..
dye ada ckp.."M ckp, suma dah tak mcm dulu lagi.."
urm.
rasa jugak la part tu.
*sedih plak*
M crita yang ayah dia datang UTM,
tapi dia tak leh nk teman ayah dia makan sbb dia sibuk training masa ptg..
~~
hingga kan kita tak dak masa untuk keluarga..
~~
teringat Pn.dayang crita masa dia nak mark paper test kitaorang..
anak dia tanya dia.. napa perlu kerja masa cuti.
dengar2 tu, terus Pn.Dayang tutop latop dia dan layan anak dia.
Seorang ibu mesti lagi rasa bila dia mula abaikan keluarganya..
kalau anak dia tak tanya dia macam tu..apa kesudahannya?
Mesti pn.dayang terus dengan kerjanya.
~~
aku pon macam dah tak jumpa kawan2..
pg, kelas..
ptg training..
mlm, meeting@ aku tdo awal..
~~
kitaorang akan grad dulu berbanding dengan kos lain.
kitaorang, budak2 SCJ 3.5 tahun saja.
kebanyakan member2 kitaorang kat KP specially, majoriti kos 4 tahun..
hurm..*nh part sedih gak nh*
jumpa kah lagi kita?????
jarang la..tambah2 bila suma dah start keja..dah start bawak diri..berkeluarga..
~~
.............................................................*hurm~*


p/s: saya sayang suma kawan2 saya!
hari ini sgt menyusahkan lyn..aku rasa macam mempergunakan moto dye ja...
aku tak bermaksud nk wat harta sendiri..sori lyn...
~aku pinjam moto on da spot nk g amik sue sbb bola petanque aku dlm bilik sue. fadh tunggang.
~pastu fadh nk pinjam g training hoki..sbb alang2 nk anta aku kat kandang kuda..
~sgt memberi pengajaran dan urge me to take moto license ASAP!

Tuesday, July 21, 2009

SATU HARI YANG MEMENATKAN.

nak mengadu..
nak megeluh..
tapi tak baik.

hurm.
hari ini adalah satu hari yg mencabar.
sgt mencabar.
1 ogos...dah dekat~
malah saya rasa kalu terus-terus macam ini..
ejat dengan lyn mungkin saya terpaksa blanja makan tiap2 hari.
bukan mungkin. kena.wajib.


P/S: SAYA ALAH UNTUK BERURUSAN DENGAN ORANG PEJABAT!

Monday, July 20, 2009

PENGORBANAN SEORANG KAWAN..

hari nh terasa sangat pengorbanan seorang kawan..
sangat rasa..
mmg dah sgt2 menysahkan dye.
hurm.
Lyn, nti aku blanja hang na...
tima kasih taw!
sgt2 terima kasih..

TENTATIF HARI INI..
9am-10.50am ke HEP..hanya berbincang..
tapi tidak surat kelulusan.dtg ptg nti.
11am -7pm kelas..balik jalan kaki.
tapi, ada senggang pkul 4-5pm.saya cuba ke HEP untuk dapatkan surat itu. berjaya dapatkan nama penceramah. done!(tick)
tetapi tdak surat kelulusan.
hampir pukul 5 jgak masa tu. Sian lyn menunggu di luar.
nasib baik dye takde class.
rushing jugak lyn hari nh sbb nk menghantar saya ke HEP.
kemudian saya ke HEP untuk ambil bola petanque.
mingkin Tuhan hendak menduga, semasa turun dari moto lyn, hendak masuk ke pintu kompleks sukan, saya dapati kasut saya, tapaknya telah pecah~~.
tak pe. saya masuk dulu. berurusan dulu.
setel bola pentanque.
saya tunjukkan tapak kasut tersebut ke lyn..
lyn sanggup tuka kasutnya dgn saya.
terima kasih la lyn.
pastu, lyn sanggup bawak balik bola petanque 2 set yg sangat berat tu~~~
huhuhu
lyn...byk dah berskorban sih....

sampai bilik dalam 7pm++
8.30pm nk g tgk jersi.
dan malam saya sehingga hampir pkul 12 tgh mlm di dataran u4..

stdy?
masa kelas saja.

Friday, July 17, 2009

KALU NK AKTIF..saya rasa sy perlu..

macam duk KP nh..
kena aktif..
hurm..
jaid saya wat satu konklusi..
kalu nk aktif tnpa menjejaskan pelajaran, amat memerlukan....

1) minda yg dapat tetap pendirian.
2)kenderaan sendiri + lesen+pelekat kenderaan
3)mesin basuh sendiri
4)dwit untuk top up

kalu ada suma diatas..mmg boleh la nk aktif selalu.

p/s:ada sesetgh saya takde ..tu yg nak sgt2 wat lesen ngn moto~~~

pasaipa la ngn Friendster ngn facebook nh...

log in cm biasa..
letak username aka email..
pastu letak password..
skali yg muncul bukan profile kita~.
hurm.
mungkin, dia taknak aku main fs ngn fb dah kot..huhu
ok. break kejap from fb n fs.
main blog je la..
hehe


p/s: semua dateline semakin hmpir~

Thursday, July 16, 2009

OK..CEO PROTON..

a'a.
aku br pasan..
berita tu 21 DIS..huhu
lama dah weyh~
hahahaha..
ok bg info kengkawan yg lain.

RM50 BARU?

aha.
blog walking , then, jumpa kat page taufik tadi..rm50 baru..
jadi mula la google up pasai nh..
this one from Utusan malaysia Online..

Bank Negara mula keluarkan wang kertas versi baru

SUBANG 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengedarkan wang kertas RM50 versi baru bagi menggantikan yang sedia ada di semua bank seluruh negara mulai Januari ini.

Selain mempunyai ciri keselamatan tambahan antisalinan, wang kertas itu juga istimewa kerana memaparkan gabungan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Untuk tujuan pengenalan, sebanyak 20,000 keping wang kertas RM50 versi baru itu akan dikeluarkan dalam bentuk kenang-kenangan bersama sampul khas yang dijual pada harga RM60 di semua cawangan BNM mulai 26 Disember ini.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, ini akan diikuti dengan pengedaran sebanyak 50 juta keping RM50 versi baru yang dicetak bersama logo ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 untuk kegunaan orang ramai mulai 30 Januari depan.

‘‘Cetakan logo ini hanya eksklusif untuk 20,000 keping RM50 versi kenang-kenangan dan 50 juta keping versi baru yang pertama,’’ katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Zeti menyerahkan wang kertas RM50 versi kenang-kenangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan pada upacara ringkas yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

Abdullah ketika mengulas pengeluaran wang kertas kenang-kenangan itu menyifatkannya sebagai lambang kejayaan Malaysia sepanjang 50 tahun merdeka.

‘‘Terlalu banyak erti di sebalik wang kertas ini. Selain lambang kejayaan, ia juga lambang kemajuan, kestabilan ekonomi dan ringgit, kekuatan serta kemakmuran negara.

‘‘Apa yang tertera di atas wang kertas itu memperlihatkan kejayaan Malaysia dari satu tahap ke satu tahap,’’ katanya yang cukup tertarik dengan paparan wajah bekas Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pertama Malaysia.

Perdana Menteri berharap negara akan terus menempa lebih banyak kejayaan bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Abdullah yang diiringi isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah kemudian berlepas ke Kelantan untuk lawatan sehari ke negeri itu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai wang kertas versi baru tersebut, Zeti memberitahu warna yang terdapat pada jalur wang RM50 itu akan berubah-ubah jika dilihat dari sudut berbeza manakala pola cetakan khusus di kedua-dua belah jalur pula akan kelihatan di bawah cahaya ultra ungu.

‘‘Wang ini dihasilkan di sebuah kilang di Malaysia milik sebuah syarikat yang berasal dari Jerman,’’ tambahnya.


bnyak feature baru gak.

ntah la..kalu duk kena rompak gak..~

Security Features

  • The Watermark Portrait can be recognised by tints that are lighter or darker than the surrounding paper. This watermark portrait which has a three-dimensional effect appears without sharp outlines. At the base of the watermark, the numeral 50 is clearly visible.
  • The Security Thread is embedded in the paper and appears on the reverse side of the note as a silver coloured dotted line. When the note is held against the light, it is seen as a continuous dark coloured line and the repeated text BNM RM50 can be read. When viewed under ultra-violet light, the thread is seen in various changing colours known as the “rainbow effect”.
  • Micro-Letterings of “BNM RM50″ which can be viewed under a magnifying glass.
  • Invisible Fluorescent Elements can be seen through various elements of the background on the obverse and reverse side of the banknote and will fluoresce in different colours when viewed under ultra-violet light.
  • Perfect See-Through Register feature where the graphic songket design on the obverse side of the note will register perfectly with the same graphic songket design on the reverse side when it is held against the light.
  • Multicolour Latent Image of the denomination 50 can be seen when the banknote is tilted slightly and the colour changes when it is rotated.
  • Holographic Stripe features the denomination 50 and the hibiscus flower, with a multi-coloured pumping and matt-structure effect.
  • Hidden image with moirĂ© effect where certain areas of the design appearance will change when the banknote is copied.

p/s: terkenang pegg dwit kelas dulu..buku kena bayar sorang RM50..pastu da 30 orng dlm kelas.. kena jaga RM1500..masa sekolah menengah la.. ngn cash 2000 masa nk bayar yuran utm.

PERJALANAN INI MASIH PANJANG..

SEMALAM..
Kelas islam dan isu semasa koi 8-10am..aku ble tetido.
lec sikit punya best.
standard lec islam dan isu semasa la, bnyk wat lawak yg menjana minda dan berilmiah..
mcm dengar ceramah dr fadhilah kamsah..ada lawak2 skit..
pastu, balik kelas, mkn bungkus ngn sue, xylene, eza.rasmi tikar getah baru bilik aku yg baru renovate.
mampus kalu cik suhaili tauk..haha.lantak ar.
aku ngn M dah bnyk brg sgt..

PKUL 2..
g HEP, jumpa en.ishak.
serah paperwork seminar ngn otai usahawan, lan n JEBON PLG BESAR, HAJAR.
hurm.angin aku ngn hajar hri nh.
statement kat blog dye tak ble blah.
takpe.abaikan.aku mls nk ambik pusing.
dah setel tu, aku balik kp, salin baju, terus gerak g kelana siswa kat FKM, jalan kaki.
tak thu kenapa..aku pening kepala gila masa jalan kaki tu.
then, direct pada kelana siswa, naik atas jap, tuka pakai spot shoe, amik stick, trun training hoki.
men hoki pon cam apa jadi semlm.asyik nk "gang" stick ja.
hurm.

HARI INI..
kelas koi 8 pgi, simulation and modelling..
aku ngatuk ja.padahal bgn pagi tadi, segar ja, siap breakfast.
aku rasa..bdan kurang air + oksigen ar.asyik ngatuk ja.
hbis kelas koi 8-9, gerak ngn ejat g kompleks sukan, unit sukan.
nk mintk set petanque.
18 nh kena submit nama player.
selection tak wat lagi.
hurm.
mlm nh engt nk wat meeting petanque.
tapi, koi 9 ada meeting kelab usahawan.
aku wat meeting koi 8.30.nk jumpa ngn briefing ringkas ja.
unit sukan ckp, bola tak yah amik lagi. amik lepas bengkel.
ahad nh kat sebelah stable tu.
cm na aku nk angkut player nh.
hurm.
lepas g unit sukan, amik borang, kena g pejabt KP la..amik cop PPA-Penolong Pengurus Asrama..
dah tu..
kena g unit sukan balik..serah borang tu..
hurm.
seb bek g ngn ejat.
dye la bonceng aku ke sana ke mari.
hurm.
nak wat lesen cepat.
nk moto.


p/s: tak leh wat apa2 tnpa moto.

Saturday, July 11, 2009

PERNAH TAK..?

kamu buat benda yang baru kamu ditugaskan..lepas tu, sebenarnya apa yang kamu buat adalah sedikit salah sebab sebenarnya ada isi @ info yang tertinggal @ diupdatekan, yg belum kamu tahu.
kira mcm buat assignmnt yang baru lectrer assign, hari nh dapat, malam nh dah stat gerak buat, dalam bentuk powerpoint, tapi rupanya, tak perlu pon, cuma buat dalam bentuk word sudah~

aku bnayka kali dalam situasi sebegitu.Dan kalau jadi sedemikian, aku akan cakap kat diri aku..
"aku ni, kalut sangat ka?"
macam tadi, aku dapat 1 task nh, organize event seminar untuk fiescope.
pkul 8 tadi kena briefnya.
pkul 12 lepas balik dr makan2 PESBACS'09, aku terus mengatur langkah untuk tubuhkan 1 AJK.
Aku mula terbayang wajah2 berkaliber untuk aku mintak tolong.
siap msg dah kat kengkawan tu.
"bulih tlg tak jadi ajk makanan untuk seminar nh?"
tetiba.. ajk mkanan tidak diperlukan sebenarnya.
hurm, aku pon terfikir jugak.
mesti kena join venture dengan Fiescope benda ni..

jadi..adakah aku kalut sebenarnya?
Istilah yang ditekankan: KALUT.

p/s:aku ckp kat dia, aku takut aku penat sebab tu aku buat awal2..huhu..bukan la penat sgt, cuma aku nk buat cepat2, bla dah ada orang, kerja dah boleh mula awal. especially part penajaan dengan cari penceramah dengan jumpa En.Ishak tentang penajaan, dan naik publisiti.
bnda-bnda ini kena mula sanggggggt awal.
believe me.
based on experiences.
pernah jugak kena sound macam nh.." yang awak nk buat awal-awal kenapa..?? benda tu sekejap ja"aku terdiam terus masa dengar tu dan rasa macam nak nangis pon ada gak.
sejak pada itu, aku mula buat kerja dengan mandapat maklumat secukupnya.tapi. masih tak berjaya di atasi.lihatlah contoh yang jadi tadi bab cari ajk tu. hurm.
pengalaman dowh~
aku pon tak paham sebenarnya, sesuatu kerja ini sememangnya ada benefit kalu kita buat lambat-lambat.
tapi kalu tak dapat penceramah macam mna?
tak dapat penajaan macam mana?
kalu publisiti lambat macam mna?
aduiyai~

Friday, July 10, 2009

post

Undergoing MyBlogLog Verification