Asalamualaikum dan salam sejahtera untuk kalian~
Setelah lama tak menaip..akhirnya dapat juga kemaskini blog yang semakin berabuk ni..hehe
Sebelum merepek banyak-banyak,
ingin diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada penganut-penganut Buddha.
HAPPY CHINESE NEW YEAR~!!!
may you all have a very prosperous Rabbit Year~!
nak angpaw~!!!
Tempoh hari kat pejabat En. Hassan ada bagi banyakkkk~ sangat buah limau.
Limau mandarin, tangerine tu... dari Purchasing Department katanya.
Terima kasih~! merasa sikit demam CNY..
Sekarang tengah tunggu saat-saat nk bercuti. esk dengan lusa cuti dan kebetulan sambung dengan sabtu ahad..kiranya 4 hari lah cuti. Nk ke rumah yati. hehe
Alhamdulillah jugak la dapat bercuti.
Projek yang saya dapat kali ini adalah connection system.
kalian tahukan serba sedikit mengenai AxFPSpread in VB.Net?
saya perlu generate text file yang mengandungi data dari database A. kemudian, hantar text file tu kat system B, B akan masuk dalam database dia.
ha..cm tu la sikit.
jadi saya perlu develop satu , bukan, dua, 1 small application, 1 window service. Application membaca text file dan masuk dalam database.
window service akan query dari database dan masuk dalam text file.
System A, ada punya coding ada mention AxFPSpread tu... jadi, saya ingat nk populate ja data dari function AxFPSpread dalam text file.
Namun, saya sendiri pun tak dapat nk kenal pasti apakah AxFPSpread tu.
SV cakap ia sejenis spreadsheet..mcm excel~
ha..kan dah mudah, dia dah amik data-data yang diquery ke dalam spreadsheet. cuma tak nmpak lagi spreadsheet tu..hurm..
mcama arraylist la..
sapa-sapa boleh bantu????
Setakat ini, alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Kadang-kadang bila difikir-fikir balik, saya bersyukur sangat sangat bila..banyak benda baik jadi kepada saya.
Mungkin belum diuji lagi olehNYA..
Tempat tinggal ok..enviroment kerja ok..SV yang banyak membantu.. housemates yang ramah dan baik..Tanjung Malim ok..cuma tak banyak nk enjoy... yang menyebabkan saya rasa satu bonus bila kita tidak terlalu suka atau hanyut dalam ke'enjoy'an..huhu..maklumlah..kadang-kadang terbawa-bawa nafsu enjoy tu..tambah-tambah bila ada eriyka..
dan acapkali, kekuatan tak berapa nk istiqamah..
kadang-kadang rasa rajin ja..pastu malas.. then, bila dateline datang, mulalah kelam kabut..haha
adoiyai~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: rindu nasi ayam penyet dan makan goreng pisang dengan sambal kicap~!
rindu eriyka chan!!!!
rindu kalian!!!!! ( sesapa yang terasa, sila terasa dirindui~ hehe..ya kamu! saya rindu kamu semua~! hahaha)
2 comments:
oh ainun!!~
oh cik pae~!
Post a Comment