Wednesday, November 25, 2015

KEMALANGAN DAN LAIN-LAIN

Entry date : 25th Sept 2011

Tanggal 27hb Ogos.. bersamaan birthday orang2 tertentu..27 ramadhan ..
aku kemalangan di depan Eastern Hotel ..hughway depan Queensbay Mall tu..7. 30 am ++
odw nak ke jeti.

Anyway.Masuk hospital. Diberi ubat pelali untuk pengsankan aku. doktor mahu betulkan tangan aku. Nak tarik tulang ynag patah tu katanya.


Then, simen tgn kanan. pkul 10 mlm macam tu ble balik umah.
boleh jalan, tapi terinjut-injut, ankle kanan terseliuh. luka +lebam sikit sepanjang kaki kanan.

3 hari lagi nak Aidilfitri. baju belum beli. Pi la shopping raya di BJ. Beli blouse ja. size 48. satgi tangan gedabak ni tak muat. 1st time raya pakai seluar.
Mula-mula susah gak, nak buat semua benda pkai sebelah tgn. nak mkn, nk kupas kulit pisang, makan ayam , buah mata kucing, nak bukak botok deodrant, bedak..
tambah bab pemakaian. hurm.
(ok, move on..)

mujurlah rendang dagingnya kecil-kecil dan ketupat sudah dipotong-potong. cedok masuk pinggan lalu sumbat dlm mulut~ Alhamdulillah.
nikmat Raya masih dapat dirasai...

tgn aku sentiasa dalam keadaan kebas. Aku practice gengam, buka..gengam, buka ja jari-jari aku. sampai dia boleh straight balik.. dan kebas-kebas tu hilang.
8hb sept adalah 1st check up lepas xcident. lama kan? 13 hari kemudian..

Malangya, hasil dari check up tu ckp, tulang aku x join lagi. kena operate. Hurm.
hancur harapan aku nak masuk sem 12hb sept nanti.

"kalu operate, bila baik?"
"bila nk operate?"

asalnya Doktor cakap nak bawak masuk plat.
**haha.. che bee cakap jadi robocop la lepas ni..**
ok. fine.
masuk plat.
so, aku dijadualkan masuk plat pada 13hb sept dan kena masuk hospital 12hb sept.
**orang lain masuk sem, aku masuk hospital.**
13hb, pagi, dalam jam 11 pagi..aku masuk bilik bedah.. dibagi pengsan macam dalam TV tu..
**sikit-sikit mata kau pejam, pejam,,pastu terus gelap dan kau tak sedar pun bila kau pengsan**
sedar-sedar ja,"dik, dik.. operation dah hbis"nurse ckp..
air mata aku automatik mengalir.
sakitnya~ Ya Allah.
aku rasa kesan jahitan pembedahan tu.
aku gigit hujung selimut, tahan sakit.
air mata belum berhenti.
tangan aku bersimen kembali.

kembali ke wad aku.
aku ttdo. . . . . . . .
esok pagi, Doktor buat check up, tengok jari-jari aku boleh gerak ke tak.
Dia cakap x bawak masuk plat, tapi wayar 2K sebab tulang yang patah tu terlalu hancur and distal.
*hancur pulak dah..*
15hb aku dibenarkan pulang. sakit tu mulai kebah setelah di bius banyak painkiller.
3x sehari aku disuntik painkiller dan antibiotik.
tangan kiri aku ada tanda-tanda lebam kesan suntik.
sakit suntik tu, sakit la. tp, tak sakit sgt pun. kecik2 ja.
Dapat MC sampai 29 sept.

Kembali meniti hari-hari dengan berfungsikan 3 stokes- 2 kaki dan satu tangan.
Simen baru ni berat dari yang pertama..
lagi kukuh, keras dan tebal.
mula- mula aku pening duk ampu tgn ni even guna armsling.. tak boleh banyak berjalan..berat.
Lama kelamaan, dah biasa..

Kawan-kawan di UTM bagi information tentang kelas, lecturer, projek, PSMMM~~! =.='
terima kasih semua..
menyebabkan aku tak senang duduk di rumah. mahu kembali pulun belajar dan buat Projek Sarjana Muda aku..
**Dayang nak tengok interfce next week..**
Lebih terharu bila aku luahkn keinginan aku ni kat Anosa, dia cakap..
"balik la cni, meh kitaorang jaga kau."
kalu tangan aku tak bersimen dah lama aku balik..
kehidupan di kolej akan terbantut. kolej lain dari rumah...


















No comments: