Tuesday, December 1, 2015

Berkisar tentang alam pekerjaan yang sudah menghampiri 4 tahun.

Melihat kepada coretan coretan yang terdahulu, aku selalu meluahkan perkara seperti " masih dianggap setahun jagung", "mahu buat lebih", "asyik buat kesilapan yang sama".

Kemudian hal hal ini bertukar menjadi..
"Tidak diberi peluang"
"User lebih prefer orang lain.."

Dan sekarang,
"Tiada perubahan."
"Tiada career growth"
"Semua menjadi rutin.'


Ada pernah baca..
Jika kita tidak puas hati, bermakna kita mahukan sesuatu perubahan.

Aku tergerak untuk nukilkan hal ni bila aku perasan yang aku sangat sedih , terkejut bercampur tak percaya bila di-rate semuanya 3 untuk semua keupayaan ku.
Cth keupayaan- usahasama, pelanggan diutamakan,fokus pelanggan,latihan dan development.
Di mana yang aku kurang?
Di mana yang aku lebih?
Aku sentiasa cuba pahamkan user akan sesuatu root cause isu yang berlaku walaupun user tersebut bukanlah orang IT.
Memberi latihan kepada user tentang sesuatu antaramuka baru.
Memberi initiatif baru kepada user agak proses kerja bertambah baik.
Mengekalkan hubungan baik dengan user.
Mampu mengadakan satu kerjasama dari team lain.

Bagi aku,
"Semua akan mati jika tiada perkembangan."

Matlamat aku sekarang untuk menjadi lebih baik. Berkembang.
"Future growth".

Aku merasakan tiada perubahan ketara dalam hidup aku sepanjang 4 tahun ni.
Mari lihat:-
Masih dianggap kanak-kanak
Tidak dianggap serius
Masih rasa ditindas / underrated.

Hmm.
Aku cuba optimis, positif.
"Kalau semua 3, jadi semua itu adalah kekuatanku. Tiada yang lemah!jadi, improve semua competency!"
-realiti menendang. "Takkan xdak kelemahan. Jangan tipu diri sendiri.Realistik sikit...."

*rate 3/5.
1-poor
2-moderate
3-good
4:excellent
5:superb. (Aku tipu. Aku lupa 5 apa dia.)

Masih cuba positif.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dalam kehidupan aku, banyak yang aku dah belajar dan masih belajar.
Aku adalah seorang yang kuat tanya hingga sedungu-dungu soalan.
Ada yang marah? Ya.
Ada yang buat muka dan malas nak jawab? Ya.
Ada yang ketawakan aku balik? Ya.

Bagi aku, berada di posisi dan situasi demikian,kebanyakan nya berpunca dari:-
Mesti ada benda @ sebahagian maklumat yang dia tahu dan aku tak tahu tapi dia anggap aku dah tahu.

Contoh aku tanya pasal C.
Dia anggap aku dah tahu pasal A dan B.
Pehe dok?
Dakpe la.

Sekiranya aku pula berada di tempat si penjawab, aku sedaya upaya jawab ja dari A sampai Z. Jika perlu sedikit demo atau penulisan, aku teruskan saja. Sampai si penanya faham.
Aku tahu rasanya berada di tempat itu.

Apapun, setelah seminggu bermain di fikiran dengan anggapan di-rate dengan tidak setimpal dan berada dalam keadaan tidak puas hati, aku lupakan saja perasaan itu dan teruskan hidup.
Dunia saja ini.
Jika merasakan itu sahaja keupayaan ku, terpulang.
Aku jalankan tugas dengan niat, inilah amanahku dan tanggungjawabku.
Hasil dari pekerjaan ini aku beri kepada keluargaku.
Bukan semata mata untuk mendapatkan rate yang tinggi.
Aku akan cuba tunaikan yang terbaik untuk jalankan tanggungjawab.
inshaAllah.
Amin.


No comments: