baru-baru nh balik ke Pulau Pinang pada 14hb Feb
semata-mata untuk memenuhi jemputan kahwin
seorang senior YP pada 15hb Feb.
14hb, pkul 11.45pm, bertolak dari Sri Putri hingga ke Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Anggaran Pukul 8 pagi , 15hb Feb, tiba di Sg.Nibong.
Dek bermain game dan tertidur lewat ( selepas subuh),
kakanda-kakanda saya telah terlupa untuk menjemput saya di stesen bas.
Mujurlah kakanda yang ke 3 tersedar.
45 minit juga berusaha mendail nombor-nombor talipon tangan mereka.
Jadi, pukul 11.10pagi, bertolak ke jeti Pulau Pinang untuk menaiki feri.
Perlu ada di Jeti Butterworth pada pukul 12tghari kerana seorang lagi senior (Sek Ren, Matrik, Universiti, YP) dengan baik hatinya sudi mengambil untuk ke rumah pengantin a.k.a rumah kenduri.
sebelum ke Kg Nyior, Jitra Kedah, (rumah kenduri),
perlu mengambil seorang lagi senior YP di alor Setar.
jadi, Sri Putri->Sg Nibong Pulau Pinang->Butterworth->Alor Setar->Jitra
memang muka lebuh raya sahaja yang nampak.
antara pose-pose di kenduri tersebut..:-
dari kiri, syam, sumi(si pengantin),cot.
wakil YP yang hadir..
pasangan pengantin.
boleh lihat lagi gambar-gambar menarik di link:-
http://www.facebook.com/album.php?aid=2049021&id=1122736570
atau
http://www.facebook.com/album.php?aid=2051326&id=1324037677
********************************************************
Tambahan pula, pada 17hb Feb perlu menghantar adinda ke
MRSM Transkrian..
*kita bertemu lagi oh, lebuh raya*
melalui Jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah.
Namun tak selama perjalanan lain.
bayan Lepas ke Transkrian mengambil masa hanya 45 minit.
Hurm, tapi, terasa panjang dan lebih lama bila berada di lebuh raya..
19hb Feb,
Bersiap-siap untuk pulang ke Skudai.
*Lebuh raya perlu mangadap muka aku lagi..*
bertolak lah aku dari Sg Nibong sehingga ke Sri Putri, Skudai.
Masa banyak dihabiskan di lebuh raya.
dan juga melompat-lompat dari negeri ke negeri.
Johor->Pulau Pinang-> Kedah->Pulau Pinang->Johor.
Mungkin orang yang melompat-lompat juga tahu bagaimana perasaannya..
p/s: baru pulang dari menonton Percy Jackson the Lightning Thief di Layar Perak UMall.
menarik. 1 thumbs up!
No comments:
Post a Comment