Tuesday, January 19, 2010

Jatuh Cinta..lagik?

haha..
ya..
jatuh cinta lagi...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada ketaatan pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.


Ya-ALLAH Rabbul Jalil.
Amin....!

[bukan aku yg karang..hot.choc]

aku tergerak untuk post ini bila Ameng ada post :

"sesiapa yg jtuh cinta, kmudian menyembunyiknnya hingga kematian dtg mnjmputnya,
maka dia adlh se0rg yg syahid"
(riwayt Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dn lain2)

jadi..macam biasa..aku musykil..
jadi..apa lagi..GOOGLE UP! lah~

aku jumpa satu post tentang hal ini..
rupanya, memang dah lama didebatkan dalil petikan Ameng tadi..
aku bacalah post itu... Link post itu ,klik SINI.
si penulis pun teramat musykil juga dalil itu..
jadi si penulis ini, kemukan lah 3 hujah yg menolak kebenaran pdalil itu..

1)sekiranya dalil itu diterima, tak perlulah kita bersusah2 untuk berjihad@berperang, mencari syahid..hanya perlu jatuh cinta dan sembunyikan sehingga ajal.

2)dalil ini menghapuskan Sunnah Nabi iaitu menikah. apabila timbul cinta, patutnya dilanjutkan ke pernikahan. Jika dipendam2kan, "Buat apa menikah? baik pendamkan saja sampai ajal, dapat mati syahid.."...

3)banyak yg akan mengaggur...tidak bekerja...kerana apa? kerana memendam perasaan cinta, terkhayal dengan panahan asmara..
---------------------------------------------
aku hanya ringkaskan hujah2 si penulis..
sila rujuk di rujukan asal ya.


jadi kawan-kawan,
benarkah sesiapa yg jtuh cinta,
kmudian menyembunyiknnya hingga kematian dtg mnjmputnya,
maka dia adlh se0rg yg syahid?

p/s: masih dalam keadaan terkejut SUMI dah nk kahwin...!



4 comments:

green said...

cikgu ak pernah ckp, matinya seperti mati syahid.

Tapi pada aku, kalau cinta dan jiwang2 je lebih, cinta pada Allah kurang, tak ada pun perasaan rindu pada Allah macam rindu pada manusia tadi tu, baik tak payah.

~ainun~ said...

betul..tu ar..tu yg aku musykil tu..
syahid tu tempat istimewa..
adakah setimpal dgn tidak memberitahu perasaan jatuh cinta?

kurungmelayu said...

tbe2 tmbul blk mnde nih..
dlu aku penah post kot kat fb psl mnde nih..
tp btol gak pe yg dayah ckp tuh

the_m said...

ape2 pon. kite kene utamekan cinta Allah tu. aku bce shout out eppiey kat fb, katenye.. rindu dendam pade manusia, satoo maksiat hati. skadar renungan bsame. kdang2 aku ingt phrase tula, wat aku jgn layan bisikan setan2 kt hati aku tu.