Sunday, October 24, 2010

.::Renungan Pagi Ahad::.

asalamualaikum~
sapaan ku pada burung-burung yang berkicau tanda mahu keluar mencari makanan
sapaan ku pada matahari yang mahu munculkan dirinya sekejap lagi..
sapaan ku pada kalian semua.

sejuk~
pagi ni sejuk sangat.
semalam seharian hujan ya amat...
lebatnya..guruhnya...air mencurah-curah.. Rahmat-Mu..
aku tido awal, lepas manghrib, dah pengsan, kena hujan petang tadi kot.
pergi fotostate buku SAD dan AI.
Bahan rujukan yang selalu digunakan,
acapkali juga aku rembat dari bawang dan cik dodol->(miza)

sambil menaip ni, ditemani alunan lagu Ki Ga Iru oleh Katou Idzumi,
soundtrack anime Bokura Ga Ita.
dari blog cik dayah tembam.. =)
kawan sekolah georgian dulu..sekarang di Vanderbilt University, US.
doing Chemical Engineering..
*jelesnya*

this is her. damn missing u~!
makin tantek too~! =)

~~~~~~~~
pagi berhasrat untuk melengkapkan kerja-kerja sekolah yang masih belum lengkap.
SAD..AI..
TP3?
~~~~~~~~
Malam ni ada dinner konvo di The Zone.
7.30 pm, kumpul di bus stop FAB.
Tema: Merah Hitam.
*dzailin mesti suka la*
which I still don't know what to wear since no black or red attire.
Baju kurung la jawabnya.......
~~~~~~~
Current mode: Missing those friends which out there, far away.................................
~~~~~~~
sebenarnya, nak post mengenai sesuatu yang aku jumpa di blog dayah...
tajuknya, Teka Teki Imam Ghazali..
here goes,
sama-sama renungkan....

1)Imam Ghazali: apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Orang Tua
murid 2: Guru
murid 3: Teman
murid 4: Kaum Kerabat
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


**hurm..dekat, betul dekat..mati itu adalah PASTI. tiada sangkalan lagi..pasti..

2)Imam Ghazali: apakah yang paling besar dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Gunung
murid 2: Matahari
murid 3: Bumi
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

**hal yang buat aku terfikir tiap-tiap hari..
bagaimana nafsu yang mendorong kehidupan sehari-harian..
nafsu makan..nafsu tidur..nafsu untuk leka terus bermain internet, nafsu mengejar masa untuk siapkan kerja sekolah yang nak kena anta..nafsu untuk leka bermain dengan perasaan..
segala yang kita buat berpandukan nafsu..
kenapa HAWA nafsu? HAWA itu bukan perempuan?
hurm.........................mungkin perempuan yang sinonim dengan nafsu..
lebih dekat dengan nafsu..

3)Imam Ghazali: apakah yang paling berat di dunia ini?
Murid 1: Baja
murid 2: Besi
murid 3: Gajah
Imam Ghazali:Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

**
ya..amanah.tangggungjawab..tanggungjawab sebagai pelajar, anak dan kawan.
jadi mahasiswa yang baik pada pensyarah?
selalukah kita berdoa pada ibubapa kita?
adakah kita mengamalkan adat berkawan dengan betul? tidak menipu kawan?
tanggungjawab dalam berprogram..adakah kita lakukan tanggungjawab kita dengan baik?
pengarah, TP, KU,anak buah yang menjalankan tugas dengan sempurna?


3)Imam Ghazali: apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
murid 2: Angin
murid 3: Debu
murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali:Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

**
ini buat aku termenung jauh dan terfikir-fikir..
memang..memang senang sangat. betul lah ia paling ringan...hurm.hurm.hurm..
sangat, sangat ringan untuk dilakukan.
Ya Allah..ampunkan aku...

5)Imam Ghazali: apakah yang paling tajam di dunia ini?
Murid-muridnya serentak menjawab: Pedang~!
Imam Ghazali:tu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

**ini yang buat aku malas nak berkata-kata, jadi pendiam..
kadang-kadang tu, aku suka mendengar dan bersetuju sahaja..
padahal ada yang aku ingin katakan.
namun, aku takut sekiranya hal ini akan melukakan hati.
minta maaf sekiranya aku ada terluka hati sesiapa dengan kata-kata aku.....


p/s: aku mahu jadi yang sederhana.
p/s/s: bagaimanalah mereka di pangkor? (PECcos'10)... hope everything's fine.
Starting to miss them already.
mereka balik hari ni..sampai esk pagi kot. Rasanya. Tak pasti.

this one random...


5 comments:

areen said...

haha dunie ni kcik je la enon..kawan membe ko ni pn kwn membe aku jgk..rmai kt vanderbilt 2..

the_m said...

berubahlah slow2.. jgn secare keseluruhan troz tkot ko xbersedia.. =)

~ainun~ said...

miza..miza..asal tak on ym???
hurm. apa yg tak bersedia?

aren..ya? mmg kecik ar dunia ni..

kurungmelayu said...

like this post..
da lame tak bce blog..
hehe

~ainun~ said...

sankyu jat~!!