saya tak suka bila...
1)dipaksa walaupun benda kecil yang tidak disukai..
pernah nangis sbb bnda kecik je.. kena paksa pindah jabatan masa keje dulu.
2)org marah tak tentu pasal
3)keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati..
walaupun nampak tersenyum, tp, hati makan dalam, siapa tahu..memang akan di
ban budak tu..walaupun dia hanya berbuat demikian sekali ja.dari suka boleh jadi tak suka terus.
4)orang lain buat keputusan tentang saya tanpa pengetahuan saya.
5)bila rasa malas..
malas memang dah sebati dan melekat dengan saya sejak azali lg, jadi, tolong la pergi, saya hargai~
6)tak cukup masa.
walaupun semua orang diberi masa 24 jam sehari, silap saya, tak pandai bahagi masa.(nota:aku cuba perbaiki dari masa ke semasa.)
7)ditindas seperti potong
que saya
8)orang tak tepati janji kecuali dengan sebab yang munasabah.
( saya tak kisah sangat kalu janji yang tak bawak apa-apa bencana besar kepada saya dan orang lain jika janji itu tidak ditepati pada waktunya)
9)internet lambat..lumrah hidup di KP..sejak akhir-akhir ini.
10)saya cakap baik-baik, tapi dibalas dengan kata-kata tajam@
masuk kiri,keluar telinga kanan.
Bagai mencurah air ke daun keladi.Ibarat cakap dengan dinding, patung, tong sampah, tali kasut, pembaris, pen, spek mata, buku c++ dan assembly language.( sakit hati, tapi, biarlah, dia yang tak nak dengar,
cemuih dengan orang macam itu,
lantak hang la~)
11)ditegur tentang sesuatu perkara tentang saya, padahal, saya tak pernah terlibat.
12)orang yang mengamalkan sikap..
habis madu, sepah dibuang dan bila nak hujan baru cari payung..
pikir la sendiri, kalau nak tahu secara mendalam, tanya saya
personally.
13)bila saya sanggup korbankan masa untuk membuat perkara berfaedah untuk perkara yang sia-sia tetapi meng
enjoykan..
Guilty pleasure.
14)orang yang tidak fleksible,
maksud, orang yang terlalu berpegang kepada prinsip yang entah apa-apa..orang yang selalu mengungkapkan kata-kata"Ntah, aku tak boleh ar..dah memang aku macam ini"~
cth:"aku tak reti la nak makan.".padahal, buka mulut, telan. kecuali, rasanya pelik dan akan terkeluar balik kalu telan.
cth:"aku tak boleh la kalau xxxxx"..kalau ditanya balik.."kenapa?" jawabnya.." Ntah, memang tak boleh..", macam tak ada sebab munasabah> selalunya mungkin EGO @
mentality block.
haa...macam itu lah contohnya.
itu dipanggil tidak fleksible.
Padahal..manusia boleh berubah.Bukan
boleh, MEMANG BERUBAH.
tetapi, kita haruslah menjaga kesihatan dan diri kita..jika hal-hal itu memudaratkan kita, tak perlula nak paksa diri buat juga.
15)Bila lecturer yang tak sedar bahawa anak-anak muridnya tak faham satu apa pun yang diajarnya.
16)suka merajuk lama-lama dengan saya tentang hal yang kecil-kecil.
Tak kuasa nak pujuk sebab saya memang tak reti nak pujuk kalau dah lama sangat merajuk dan saya pun tak pernah merajuk lebih dari beberapa jam, mungkin ke beberapa minit. Kejap-kejap sudah..bukan bawa faedah pun. Tapi, akan lebih berhari-hati dankurang bercakap dengannya.
17)orang tidak menghargai dirinya sendiri..
macam kes-kes wanita didera..mereka boleh minta cerai dimakamah, tetapi tidak, bila pikirkan sayang @ anak-anak. Mungkin ada benarnya, tapi, tak perlu lah sehingga diri menjadi mangsa. Bebaskan diri, tuntut hak penjagaan anak. bina hidup baru. Allah Maha Adil, tapi, kita kena berusaha juga.
cth lain: orang yang baru
break @
clash sehingga mengabaikan kehidupan harian dan diri sendiri, seperti belajar @ lagi teruk, megambil keputusan untuk bunuh diri( bukan perkara baru), bina hidup baru..anggap ja seperti....selipar?(bak kata EPPIEY)..bukan2..hina sangat..
bak..kertas peperiksaan...kalu
fail..sudah la..try paper lain..bagi skor tinggi-tinggi..jangan ulang paper yang dulu tu...
cth lain:bukan untuk situasi
break @ clash sahaja, tetapi, bagi orang yang bersayang-sayang sehingga terkorban kebajikn diri.
adakan maruah dan
respect pada diri.
tapi jangan sampai EGO.
ENgat! SAYANGI DIRI ANDA DULU SEBELUM SAYANGI ORANG LAIN.
18)ditipu hidup-hidup sama erti bila diperbodoh-bodohkan..walaupun tujuan bergurau.
19)berada dalam keadaan tiada air.
20)berada dalam kawasan tempat merokok atau ada asap rokok.
setakat itu dulu..
Perkara-perkara diatas terjadi pada kehidupan sebenar dan bukan lagi perkara luarbiasa, mungkin saya jugak berbuat demikian.
Minta maaf.
Saya bisa berubah jika sudah tahu kesilapannya dimana.
dan, tiada manusia yang sempurna.
Namun, boleh dibaiki.
harus berusaha berubah. Sedikit demi sedikit.
Allah akan tolong. Jangan risau. Mintalah selalu ditolong oleh-Nya tanpa jemu.
Lagi disukai-Nya.